Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Korean Egg Toast, Makanan Street Food Korea Yang Dikenali Ramai & Mudah Untuk Disediakan.

Ini Resepi Korean Egg Toast, Makanan Street Food Korea Yang Dikenali Ramai & Mudah Untuk Disediakan.

Kategori: ,,
korean egg toast

Semenjak demam Korea melanda negara, warga Malaysia makin obses dengan budaya Korea. Makanan juga tidak terkecuali kerana makanan Korea makin mudah didapati.

Ramai yang berpendapat bahawa setiap masakan Korea menggunakan bahan yang sukar didapati, namun ada juga resepi Korea yang mudah untuk anda cuba tanpa memerlukan bahan yang susah dicari.

Seperti resepi Korean Egg Toast yang menjadi antara makan street food orang Korea yang dikenali. Bahan-bahannya sangat mudah didapati di Malaysia, jadi anda boleh mencuba resepi yang dikongsikan oleh Elaine Tan.

Resepi Korean Egg Toast

Bahan-Bahan

  • 2 keping roti
  • 2 keping chicken slice
  • 1 keping keju
  • Sedikit mayonnaise 
  • Sedikit tomato
  • Secubit gula
  • Kubis (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Lada hitam
  • 2 biji telur
  • Mentega

Cara Penyediaan

  1. Campurkan kubis, lobak merah, telur dan lada hitam dan gorengkan campuran tersebut. Angkat dan ketepikan bila dah masak sepenuhnya.korean egg toastkorean egg toast
  2. Dalam kuali yang sama, gorengkan chicken slice dan asingkan. korean egg toast
  3. Sapukan roti dengan mentega dan panaskan sehingga roti sedikit garing di atas kuali. Asingkan. korean egg toast
  4. Bentangkan roti dan letakkan chicken slice, telur dadar yang digoreng tadi.  korean egg toast
  5. Taburkan sedikit gula dan tambahkan mayo dan sos tomato. korean egg toast
  6. Letakkan chicken slice dan keju. Tutup dengan kepingan roti dan siap untuk dinikmati. korean egg toast korean egg toast korean egg toast

Wow, nampak mudah sahaja resepi korean egg toast ini, kan? Untuk pengetahuan anda, hidangan ini sangat sesuai untuk dinikmati untuk sarapan pagi kerana ianya amat mengenyangkan.

Jadi, buat anda yang ingin mencuba sarapan pagi yang ringkas dan sedap, boleh lah cuba resepi ini. Dijamin berpuas hati.

Selamat mencuba!

Kredit: Elaine Tan

Baca Juga: Resepi Janchi Guksu, Mi Sup Korea Yang Paling Sedap & Menyelerakan. Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

 

tags: | |