Selain dari kucing dan anjing, ikan merupakan antara haiwan perliharaan yang sering dibela oleh orang ramai. Malah, ada beberapa individu yang sanggup berbelanja ratusan ringgit semata-mata untuk menjaga haiwan tersebut. Dalam akuarium dah penuh sahaja dengan pelbagai jenis ikan!
Jika dijaga dengan elok dan penuh teliti, ikan yang diperlihara boleh membesar berkali ganda seperti ikan gergasi yang dikongsikan di laman TikTok baru-baru ini yang berjaya membuat warganet berasa gerun apabila melihatnya.
Seorang pengguna di TikTok, muhammadhaizaq, baru-baru ini memuat turun sebuah video di media sosial tersebut ketika menemani seorang lelaki untuk memberi makan pada ikan yang berada dalam kolam besar.
@muhammadhaizaq kita bg ikan makan 😱
@muhammadhaizaqkita bg ikan makan 😱♬ original sound – muhammadhaizaq
Namun, saiz dua ekor ikan tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai. Dikatakan bersaiz gergasi, jelas ikan tersebut bukan ikan yang sering dijumpai di mana-mana tasik atau sungai di Malaysia.
Di ruangan komen, beberapa warganet berasa gerun apabila melihat saiz ikan tersebut. Tambah mereka, jika terjatuh di dalam kolam tersebut, memang bernasib malang kerana anda kemungkinan akan disambar oleh ikan tersebut sebelum boleh berbuat apa-apa.
Didakwa sebagai spesis ikan Arapaima yang berasal dari Amazon, Amerika Selatan, warganet memohon agar ikan tersebut tidak dilepaskan di mana-mana tasik dan sungai di Malaysia kerana sifat pemangsa pada ikan tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada ekosistem.
Jika benar ikan tersebut merupakan ikan Arapaima, semoga ia tidak dilepaskan di mana-mana tasik atau sungai di Malaysia. Bukan sahaja berbahaya pada spesis ikan lain, tapi juga pada manusia.
Gerun sahaja melihatnya. Boleh membuat sesiapa sahaja berasa trauma untuk mandi sungai atau tasik jika ada ikan gergasi ini dalam air tersebut.
Kredit: TikTok muhammadhaizaq