Sarapan pagi yang enak dan memuaskan tidak memerlukan kos yang tinggi. Malah, terdapat pelbagai kedai makan yang menjual sarapan dengan harga yang murah. Walaupun murah, tapi tetap sedap dan berpuas hati.
(Sarapan pagi yang biasa ditemui di Malaysia, bihun goreng dengan telur mata. Sumber: Pok Yie D’Lempeng)
Namun, ada juga beberapa restoran yang mengenakan kos yang tinggi untuk hidangan yang ditawarkan dalam menu mereka. Selain dari layanan, restoran yang berbuat demikian menawarkan hidangan yang sukar didapati di mana-mana tempat.
Sebuah restoran menawarkan menu yang rare iaitu telur unta untuk sarapan pagi yang bernilai sebanyak $75 (RM 312.60). Sanggupkah anda berbelanja sebanyak itu semata-mata untuk makanan?
Di San Diego, Amerika Syarikat, restoran Provisional Kitchen menawarkan hidangan sarapan pagi yang dijamin akan membuat sesiapa sahaja kekenyangan.
(Restoran Provisional Kitchen yang terletak di San Diego, Amerika Syarikat)
Apabila restoran lain menawarkan telur goreng ayam yang biasa, restoran ini memilih untuk tampil dengan kelainan dan menawarkan telur unta goreng yang sesuai untuk dimakan oleh 4 orang satu hidangan.
Menurut ketua chef di restoran itu, Brandon Sloan, sebiji telur unta tersebut bersamaan dengan 16 biji telur ayam dan memilik berat sebanyak 1 kg lebih.
(Telur unta yang lebih berat dan besar jika dibandingkan dengan telur ayam)
Malah, untuk memasak telur unta tersebut, chef perlu memecahkan kulit telur dengan penuh teliti dengan menggunakan gergaji kecil terlebih dahulu. Kemudian, ia digoreng dalam kuali besar selama 5 hingga 7 minit serta diperasakan dengan sedikit garam.
Telur unta goreng tersebut dihidang bersama tomato ceri, kepingan bacon dan roti baguette, hirisan avocado, sayuran yang telah dipanggang dan juga sosej. Ianya sesuai untuk dinikmati sebagai sarapan lewat bersama keluarga atau kawan-kawan.
(Produser Food Insider, Caroline Aghajanian bersama hidangan telur unta di Provisional Kitchen)
Menurut produser Food Insider, Caroline Aghajanian, setelah dicuba, rasa telur unta tersebut mempunyai rasa yang lebih enak dan unik berbanding telur ayam.
Jika hidangan telur unta ini boleh didapati di Malaysia, sanggupkah anda cuba? Betul ke rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan telur ayam yang biasa?
Tontoni video Food Insider di sini:
Kredit: Food Insider