Ketika suami pulang dari memancing, si isteri lah antara yang teruja menanti kepulangan suami. Bukan sahaja kerana risaukan keadaan suami tapi juga tak sabar melihat hasil tangkapan yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan.
Namun, tak semua ikan yang dibawa pulang dikenali oleh si isteri. Boleh termenung 5 tahun jika bawa pulang ikan-ikan yang rare. Bukan sahaja buntu tak tahu untuk masak bagaimana, malah cara siang pun tak tahu!
Perkara tersebut lah yang terjadi pada seorang wanita apabila melihat hasil tangkapan yang dibawa pulang oleh si suami selepas memancing.
Seorang pengguna TikTok, intanshafina_anaqah baru-baru ini kongsikan perasaan terkejut apabila suaminya telah membawa pulang seekor ikan yu setelah pulang dari memancing.
Keliru dengan cara untuk menyiang ikan yu, akhirnya mak mertua wanita itu memesan untuk menggunakan cara ini yang dapat membuatkan ikan tersebut sesuai untuk dimakan.
@kakakmisiurut IKAN JERUNG NAK MASAK APA SEDAP? #myfoodie #eksekeli #xyzbca #buatjewtiktok #simplerecipe
@intanshafina_anaqah IKAN JERUNG NAK MASAK APA SEDAP? #myfoodie #eksekeli #xyzbca #buatjewtiktok #simplerecipe ♬ Bella ciao – HUGEL Remix Extended – El Profesor
Dengan menggunakan air panas, ikan itu disiram dengan air secara sedikit untuk memudahkan proses mengikis kulit ikan yu yang agak keras berbanding kulit ikan biasa. Cara tersebut kelihatan agak berkesan kerana kulit ikan tersebut tertanggal dengan mudah.
Selepas dikikis kulitnya, cantik sahaja isi ikan yu itu! Nampak bersih dan sesuai untuk dimasak. Oleh kerana bau ikan itu yang hanyir, wanita itu melumurkan sedikit kapur untuk hilangkan. Tambahnya, anda juga boleh cuci dengan limau selepas itu untuk kesan yang glowing pada isi ikan.
Selesai sahaja menyiang ikan yu itu, wanita itu terpaksa ketepikan kerana buntu. Tak tahu masakan apa yang paling sesuai untuk menggunakan ikan tersebut, warganet tampil dengan beberapa cadangan.
Betul ke ikan yu sesuai untuk digunakan dalam masakan kari? Siapa yang pernah cuba? Nampak sedap juga untuk dimasak. Mesti isinya banyak, puas hati bila dimakan.
Kredit: TikTok intanshafina_anaqa
Baca Juga: Dekat Sirip Ikan Kerisi Ada ‘Saka Laut’, Wanita Ini Kongsi Petua Dan Tips Membuangnya Dengan Mudah!