Sesiapa sahaja yang tidak ingin badan yang kurus dan sihat, kan? Bukan sahaja wanita tapi lelaki juga sekarang makin menitik berat penampilan dan kesihatan.
Dengan kadar obesiti yang kian meningkat di negara ini, pelbagai jalan mudah dan suplemen telah muncul di pasaran untuk membantu orang ramai mendapatkan berat badan yang ideal.
Namun, tidak produk selamat untuk diamalkan kerana ia mengandungi pelbagai jenis bahan kimia untuk bantu seseorang menurunkan berat dengan mendadak. Jadi, jom cuba cara mudah dan semula jadi untuk turunkan berat dengan mencuba petua yang dikongsikan di TikTok.
Di laman TikTok, seorang pengguna juelyamaisara telah berkongsi sebuah video pendek yang perlu anda tonton. Jika anda ingin menurunkan berat dan tampil lebih kurus, boleh cuba petua yang dikongsikan. Amat mudah kerana ianya cuba menggunakan halia dan air sahaja.
@juelyamaisara AIR HALIA UNTUK SLIMMING! Amalkan setiap hari untuk nampak hasil perut kempis dan berat badan turun . InshaAllah. #kesihatan #kurus #newmiqa
@juelyamaisara AIR HALIA UNTUK SLIMMING! Amalkan setiap hari untuk nampak hasil perut kempis dan berat badan turun . InshaAllah. #kesihatan #kurus #newmiqa ♬ original sound – lovetrader Intraderz
Caranya mudah sahaja, anda cuba perlu menumbuk halia menggunakan lesung batu sehingga hancur. Selepas itu, rebuskan halia tersebut bersama air. Tapis dan sedia untuk diminum setiap hari pada waktu pagi dan malam.
Umum sudah tahu bahawa halia sering digunakan untuk membantu menurunkan berat badan. Bahan ini sangat bagus kerana ia sangat tinggi dengan antioksida dan mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak.
Selain tinggi dengan antioksidan, ia juga dapat merangsang termogenesis, iaitu tubuh mulai memanaskan badan dari dalam. Di bawah pengaruh termogenesis, proses pembakaran lemak diaktifkan.
Mudah sahaja nak kurus dengan minuman ini, kan? Bagi anda yang inginkan berat badan yang ideal dan sihat, boleh amalkan minuman ini. Tak salah pun jika cuba.
Semoga petua ini bermanfaat.
Kredit: TikTok juelyamaisara