Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Petua Agar Isi Kerang Tak Kecut, Segar Dan Gemuk. Letak Ais & Bahan Ini Je. Memang Menjadi! 

Wanita Ini Kongsi Petua Agar Isi Kerang Tak Kecut, Segar Dan Gemuk. Letak Ais & Bahan Ini Je. Memang Menjadi! 

Kategori: ,
petua agar isi kerang tak kecut

Kerang merupakan antara makanan laut yang sangat enak jika direbus dan dicicah dengan sos. Selain sedap kerang ini juga sangat bagus untuk tubuh badan manusia memandangkan ianya kaya dengan protien. Kerang ini memang banyak dijual di pasar-pasar atau pun di kedai-kedai.

Tapi apa yang kurang memuaskan hati adalah apabila kerang yang dimasak mengecut dan tampak tak segar. Kadang tak berselera nak makan apabila melihat rupanya yang sedemikian rupa. Nak buat isi kerang tersebut tampak segar dan gemuk? Jom ikuti petua yang dikongsikan oleh Emma Kasmuri ini.

Tips Agar Isi Kerang Tak Kecut, Segar Dan Gemuk

  1. Basuh kerang bersih-bersih.
  2. Ketuk 2 batang serai, 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih.
  3. Panaskan air biar gelegak kemudian masukkan bahan tadi. Masukkan juga 1/2 sudu secukup rasa dan 1 sudu besar garam.
  4. Apabila semua dah menggelegak, masukkan kerang.
  5. Tutup periuk dan masak selama 1 minit dengan api besar. Kemudian tutup api.
  6. Toskan kerang tadi, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka ke dalam bekas air batu.
  7. Gaul kerang dalam ais tersebut selamat 1 minit dan toskan.
  8. Siap.
@cikemmakctv

Reply to @myrakam_ Nah resepi kerang gemuk by Sis Emma.. #fypシ #foryou #keranggemuk

♬ Selendang Mak Inang – Salim Violin

@emmakctvReply to @myrakam_ Nah resepi kerang gemuk by Sis Emma.. ##fypシ ##foryou ##keranggemuk♬ bunyi asal – SAS

Mudah sahaja kan petua agar isi kerang tak kecut dan nampak gemuk je? Jadi lepas ni anda semua bolehlah cuba petua ini. Kalau guna petua ini untuk buat jualan pun okay sangat tau. Tengok kerang-kerang yang gemuk dan segar je pasti ramai yang nak beli.

Semoga bermanfaat!

Kredit: TikTok Emma Kasturi

Baca juga: Susah Nak Berus Kulit Kerang Satu-Satu? Rendamkan Dalam Air ‘Ini’, 10 Minit Dah Cuci Bersih!

 

tags: | | |