Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Selalu Bercakap Elok & Belanja Pekerja Asing Makan, Warganet Berasa Kagum Dengan Sikap Mulia Majikan Ini.

Selalu Bercakap Elok & Belanja Pekerja Asing Makan, Warganet Berasa Kagum Dengan Sikap Mulia Majikan Ini.

Kategori:
PEKERJA ASING

Akhir-akhir ini, pekerja asing sering mendapat layanan yang buruk dari rakyat Malaysia. Meskipun mereka datang dari negara yang berbeza dan berlainan bangsa, sepatutnya mereka perlu dilayani seperti insan yang biasa.

Berjauhan dari keluarga semata-mata untuk mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik, seharusnya lebih ramai orang berbuat baik dari mereka. Hakikatnya, di mana-mana sahaja mereka pergi, pasti dipandang serong.

Namun begitu, tak semua rakyat Malaysia mempunyai pandangan buruk terhadap pekerja asing. Ada juga insan yang berbaik hati dan berasa simpati dengan situasi mereka. Mulia sungguh hati mereka.

Majikan Baik Hati, Belanja Pekerja Asing Makan

Di laman TikTok, seorang pengguna sksambasivan telah berkongsi sebuah video yang boleh membuat sesiapa sahaja menonton berasa terharu dengan layanan mesranya terhadap beberapa orang pekerja asing yang telah penat setelah seharian berkerja.

@sksambasivan♬ original sound – Sksambasivan

Meskipun berstatus sebagai majikan, dia masih lagi melayani pekerja-pekerja tersebut dengan baik. Bukan sahaja membelanjakan mereka makanan tengah hari, cara pertuturannya amat lembut dan mesra bersama mereka.

Jelas, pekerja-pekerja tersebut kelihatan selesa dengan kehadiran lelaki itu dan menyambutnya baik. Malah, celoteh mereka sebelum menjamu makanan berjaya menghiburkannya.

Majikan Yang Baik, Warganet Doa Yang Baik-Baik

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu dengan video yang telah dikongsikan. Sikap majikan itu yang pemurah dipuji dan mereka turut mendoakan semoga dia terus dimurahkan rezeki.

PEKERJA ASING PEKERJA ASING

Bagusnya bila ada majikan seperti ini. Dengan pekerja asing pun tetap baik sahaja bahasa dan layanannya. Semoga sikap ini menjadi contoh bagi orang ramai.

Kredit: TikTok sksambasivan

Baca Juga: “Memang Hari-Hari Bersedekah, Tauke Paling Sempoi.” Lelaki Ini Bersyukur Dapat Majikan Yang Baik Hati & Pemurah, Meskipun Berbeza Kaum.

tags: | |