Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Biasa Orang Order Satu Cawan, Ni Order Satu Jug.” Gelagat Comel Abang Foodpanda Berjaya Hiburkan Warganet. Warga Muar Mesti Kenal!

“Biasa Orang Order Satu Cawan, Ni Order Satu Jug.” Gelagat Comel Abang Foodpanda Berjaya Hiburkan Warganet. Warga Muar Mesti Kenal!

Kategori:
jug

Walaupun orang ramai sudah diberikan kebebasan untuk bergerak dan ke kedai makan, namun perkhidmatan penghantaran makanan masih lagi digunakan oleh orang ramai.

Memandangkan perkhidmatan penghantaran makanan digunakan secara meluas, dan pesanan yang datang tanpa henti, golongan food rider semestinya berasa sesak dengan perkerjaan mereka. Memang jarang sekali mereka dapat berehat.

Apabila golongan food rider ini meluangkan waktu untuk berehat, selalunya mereka bersama rakan sekerja untuk lebih meriah. Tempat yang sering menjadi tumpuan untuk bersama rakan adalah di kedai makan di mana mereka dapat berbual sambil menikmati hidangan.

Sekali Order, Satu Jug Untuk Dia Sorang Sahaja.

Di laman TikTok, seorang pengguna telah memuat turun sebuah video pendek yang menampilkan gelagat comel seorang abang Foodpanda apabila minuman yang telah dipesan telah tiba di mejanya.

@triliani03

orang Muar mesti selalu nampak rider panda sorang ni kan..

♬ –

@triliani03orang Muar mesti selalu nampak rider panda sorang ni kan..

♬ suara asli – Icha_Aisyah✨

Namun, minuman yang dipesan bersaiz lebih besar dari segelas air biasa. Menurut individu itu, sudah menjadi kebiasaan buat abang Foodpanda itu untuk memesan air dalam jug besar untuk dirinya sahaja. Mungkin kerana terlalu haus setelah seharian berkerja.

Setelah tiba, jelas lelaki itu tampil teruja dengan minumannya, siap tepuk tangan lagi. Comel sangat gelagatnya.

Orang Muar Pasti Pernah Nampak Abang Ni.

Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang pernah terserempak dengan abang Foodpanda tersebut. Meskipun tidak pernah berurusan, wajahnya sudah dikenali oleh warga Muar, Johor. Dah terkenal dah abang Foodpanda ni, macam selebriti pula.

jug jug jug

Anda macam abang Foodpanda ini tak? Sekali minum bukan segelas tapi terus satu jug terus. Tengok air sampai pun boleh juga terhibur, kan? Memang sangat comel.

Kredit: TikTok triliani03

Baca Juga: Selalu Bercakap Elok & Belanja Pekerja Asing Makan, Warganet Berasa Kagum Dengan Sikap Mulia Majikan Ini.

tags: |