Bila ke pasar, antara bahan basah yang gemar dibeli adalah pelbagai jenis ikan. Ianya mudah untuk disediakan dan jika anda beruntung dan sempat untuk membeli yang masih lagi segar dan baru sahaja diturunkan dari laut, memang sangat enak untuk dimasak dalam pelbagai jenis resepi.
Ada sesetengah individu yang sudah arif mengenai pelbagai jenis ikan yang dijual, maklumlah sudah biasa ke pasar. Tapi, lain pula ceritanya buat sesetengah individu. Ada lagi yang masih tertukar jenis-jenis ikan.
Bila dah tersalah beli, boleh jadi buntu. Tak tahu nak masak apa. Tapi masih lagi boleh diselamatkan. Namun, bila rupa ikan tersebut terlampau pelik, apa jenis masakan pun tak jadi.
Di Facebook, seorang pengguna Mohd Faizal Ical telah memuat turun beberapa keping gambar rupa ikan pelik dari peti ais. Niatnya untuk memasak terus terbatal bila melihat rupa ikan itu. Sampai keliru dijadinya, tak tahu nak masak apa.
Ada yang tahu ke ikan apa ni.. nak masak pun tak jadi. dah semalaman ikan ni kat dalam frezer, keluar kan pun tetap senyum juga.
Jelas, ianya rupa haiwan tersebut lain dari yang lain yang didapati di pasar. Malah, bila diperhatikan secara teliti, ianya sama dengan muka manusia.
Menjengah di ruangan komen, ramai warganet berasa terhibur melihat rupa haiwan tersebut. Malah, ada yang terus teringat pada kisah anak derhaka yang disumpah menjadi ikan oleh ibunya yang pernah viral dahulu.
Ada juga warganet yang tampil berkongsi bahawa ikan tersebut sebenarnya ikan yu mejan dan orang ramai tak perlu terlalu hairan dengan rupanya.
Siapa sahaja yang tak rasa seram melihat penampilan ikan tersebut, kan? Boleh potong selera seseorang untuk memasak bila memandang. Ini baru betul masak tak jadi.
Kredit: Mohd Faizal Ical via MATJHN OFFICIAL