Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semacam Je Tengok Punai Macam Tu..”, Wanita Kongsi Masakan Punai Lembu. Ramai Warganet Tergelak & Terkejut!

“Semacam Je Tengok Punai Macam Tu..”, Wanita Kongsi Masakan Punai Lembu. Ramai Warganet Tergelak & Terkejut!

Kategori:
wanita berkongsi masakan punai lembu

Lembu merupakan antara haiwan yang dagingnya sangat digemari oleh orang ramai. Malah setiap kali kenduri kendara pasti akan ada hidangan daging lembu ini. Jika hendak dibandingkan dengan daging kerbau dan daging kambing, daging lembu ini sering terhidang dalam kebanyakan majlis.

Setiap penjuru haiwan ini, semuanya boleh dimakan. Daripada otak, lidah dan mata. Malah ada juga sesetengahnya yang suka dan minat makan kemaluan lembu seperti telur dan zakar lembu. Namun ada juga yang belum pernah makan tapi ingin mencuba.

Terbaharu, ada seorang wanita yang dikenali dengan nama Eyna Shanana, ada berkongsi masakan dari telur dan zakar lembu. Menurutnya telur itu sudah selalu masak namun bagi memasak punai lembu ini merupakan pertama kali.

Yang punai lembu tu baru first time makan..

Telur dan punai lembu. Telur tu dah selalu masak buat goreng kunyit. Yang punai tu baru first time makan. Tak tahu nak masak apa jadi buat goreng je la. Kalau uolls buat masak apa ye. Yang tak makan tu jangan kecam ya. 

Perkongsian tersebut telah mendapat kira-kira 6 ribu komen sehingga artikel ini ditulis. Rata-ratanya meninggalkan komen yang agak lucu. Malah ada juga yang terkejut kerana tidak menyangka bahawa kemaluan lembu juga boleh dimakan.

Punai tu apa..

Baru tahu..

Saya memang tak pernah makan..

Aku makan depan laki aku..

Masih banyak lagi kan yang kita tidak mengetahui berkenaan dengan bahagian-bahagian haiwan yang boleh dimakan dan apa khasiatnya. Mungkin bagi setiap bahagian itu ada kebaikkannya yang tersendiri. Jika anda tahu apa kebaikan setiap bahagian lembu ini, jangan lupa kongsikan di ruangan komen ya.

Kredit: Eyna Shanana Via MATJHN

Baca juga: Tergigit Sesuatu Yang Busuk Ketika Makan Burger, Rupanya Ia Jari Penyembelih Lembu Yang Terputus

tags: | |