Aneka kerabu antara hidangan yang mudah dan sedap untuk disediakan. Ianya sesuai untuk dijadikan sebagai bekal untuk berkelah atau berkhemah kerana anda cuma memerlukan beberapa bahan sahaja.
Bagi anda yang tercari resepi kerabu yang baru, boleh lah cuba resepi kerabu suhun yang dikongsikan Cik Ning Haniey di Facebook. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Resepi Kerabu Suhun Yang Sedap Dan Ringkas
Bahan-Bahan
- Daun kubis atau daun ketumbar untuk rasa yang lebih sedap
- Lobak merah
- Jus limau nipis
- Bawang merah (dimayang)
- Cili merah (dihiris nipis)
- Cili merah (dihiris nipis)
- Kerang
- Sotong
- Gula
- Garam
- Cuka
- Sos ikan
- Perencah secukup rasa
Cara Penyediaan
- Sediakan sayur-sayuran dan celurkan suhun, kerang dan sotong. Angkat dan ketepikan.
- Sediakan bekas dan masukkan gula, garam, secukup rasa, cuka dan sos ikan. Gaul hingga rata.
- Masukkan sayur-sayuran, kerang dan sotong. Boleh tambah rasa jika tak kena dengan citarasa.
- Masukkan suhun yang di celur dalam bekas tadi. Gaul hingga semua sebati dan rasa.
- Bila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa, boleh dihidangkan.
Memang kecur air liur dibuatnya. Tengok gambar pun dah tahu memang sedap. Jika anda ingin kurangkan rasa yang pedas, boleh lah kurangkan cili, rasanya tetap just nice.
Kredit: Cik Ning Haniey
Baca Juga: Resepi Maggi Goreng Special Yang Mudah Tapi Rasanya Sangat Luar Biasa! Sekali Makan 7 Hari 7 Malam Teringat