Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ayam Buruk Isi Pun Biru..”, Peniaga Ayam Melampau, Jual Ayam Yang Dah Buruk & Berbau Undang Kemarahan!

“Ayam Buruk Isi Pun Biru..”, Peniaga Ayam Melampau, Jual Ayam Yang Dah Buruk & Berbau Undang Kemarahan!

Kategori:

Ayam buruk dan sudah berbau seeloknya jangan dimakan. Pelbagai masalah kesihatan yang mungkin berlaku kepada kita apabila makan ayam yang sudah buruk ini. Salah satunya adalah keracunan. Namun ada juga sesetengah peniaga yang langsung tidak menitik beratkan soal kesihatan orang ramai.

Kerana ada dalam kalangan mereka masih menjual ayam yang sudah buruk dan busuk. Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali dengan nama June Shamsudin yang berkongsi kejadian menyedihkan sewaktu membeli ayam di sebuah kedai di bandar Jerteh, Terengganu.

Ayam buruk isi pun dah biru..

Menurutnya dia meminta peniaga ayam di kedai berkenaan untuk pilihkan ayam untuknya. Dia juga meminta untuk memotong 4. Namun setelah sampai di rumah, ayam berkenaan buruk dan isinya juga berbau.

Memandangkan belum sampai 15 minit dia pergi kembali ke kedai berkenaan dan meminta ganti ayam yang lain. Apa yang menyedihkan adalah apabila peniaga berkenaan tukarkan ayam berkenaan tanpa timbang kembali memandangkan itu ayam tukar.

Peniaga gantikan dengan ayam yang busuk juga

Malah apa yang lebih mengecewakan lagi adalah apabila ayam yang digantikan itu juga turut berbau. Jadi wanita cuba membuat gulai kerutuk ayam, andai kata bau itu boleh hilang bolehlah dimakan oleh mereka sekeluarga. Tetapi ayam berkenaan tetap juga berbau walaupun sudah dibuat kerutuk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga berkenaan. Malah ada juga yang menasihati agar memilih sendiri sahaja ayam berkenaan, barulah berpuas hati.

 Betul teraniaya ni..

Saya dah 3 kali terkena..

Kesiannya..

Terkedu seketika kan membaca kisah yang dikongsikan oleh wanita ini. Agak-agak boleh bertahan lama tak kalau macam ini gaya berniaganya. Kebiasaannya kalau pelanggan dah kena sekali macam ni, lepas ni dah tak pergi dah. Sebagai peniaga, kita haruslah jujur dan jaga pelanggan kita. Barulah murah dan berkat rezeki yang kita perolehi itu.

Kredit: June Shamsudin Via MATJHN

Baca juga: Pernah Tak Terfikir, Kenapa Ada Ayam Yang Berwarna Kuning? Adakah Ia Merbahaya?

 

tags: |