Meskipun sudah lima tahun berlalu semenjak tayangan drama 7 Hari Mencintaiku, drama bersiri tersebut masih lagi terpahat dalam ingatan peminat drama tempatan.
(Drama 7 Hari Mencintaiku 2, tetap mendapat sambutan yang hebat dari penonton)
Mempunyai barisan pelakon yang handal seperti Shukri Yahya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Wan Sharmila dan ramai lagi, drama tersebut hampir memenangi semua kategori di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Bukan sahaja dengan barisan pelakon utama yang berbakat, pelakon kanak-kanak drama tersebut turut menjadi pujian rakyat Malaysia. Antaranya adalah Muhammad Ariff Abdullah atau lebih dikenali sebagai ‘Buntat’.
(Muhammad Ariff Abdullah melakonkan watak Buntat, berjaya menyentuh hati penonton.
Sumber: The Malay Mail Online)
Selain menumpukan diri pada pelajaran semenjak tawaran lakonan semakin berkurangan sejak Malaysia dilanda wabak COVID-19, Buntat turut mengisi masa di gerai roti canai bapanya.
Di laman TikTok, seorang pengguna memuat turun sebuah video pendek yang memaparkan aksi pelakon cilik itu ketika menebarkan roti canai.
https://www.tiktok.com/@buddin77/video/7020039430509448475?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@buddin77HAHAHA♬ nhạc nền – TrungBau1992
Rasa rindu pula untuk melihat lakonannya, cara dia menyediakan roti canai itu pun lembut dan berhati-hati.
Aksi Buntat menebarkan roti canai tersebut undang beberapa komen lucu dari warganet. Terliur lah dikatakan, ramai yang teringin merasai air tangan pelakon itu.
Malah, ada juga individu yang berkesempatan untuk mengunjungi gerai roti canai bapa pelakon itu. Tidak mengecewakan, mereka mengatakan bahawa hidangan di situ semuanya sedap-sedap.
Selain dari berlakon, rupanya adik Buntat mempunyai bakat tersembunyi dalam menebarkan roti canai juga. Semoga pelakon cilik ini terus berjaya dan maju dalam segala bidang yang diceburi. Rasa tak sabar untuk lihat wajahnya kembali di kaca televisyen.
Kredit: TikTok buddin77