Laksa merupakan antara makanan yang digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia ini antaranya Laksa Johor, Laksa Lemak, Laksa Pineng dan Asam Laksa. Malah terbaharu ada seorang lelaki berkongsi resepi Laksa Tomyam.
Tak pernah dengar dan makan kan? Katanya Laksa Tomyam ini terinspirasi dari seorang influencer masakan di Instagram. Disebabkan menu ini nampak sedap dan menarik jadi dia terus mencuba. Terbukti rasanya sedap sangat-sangat.
Nak cuba buat di rumah Laksa Tomyam ini? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Shah Shatry di bawah ini.
Resepi Laksa Tomyam Yang Mudah & Sedap!
Bahan-bahan:
- ¾ cawan perencah tomyam
- ½ cawan cili kisar
- 1 tin besar sardin di buang sosnya & di blend halus
- 1 tin kecil sardin di buang sosnya kemudian isinya di lenyek kasar
- 2 kotak santan
- 3 pokok daun ketumbar
- 3 – 5 keping asam keping
- 2 batang serai
- 3 helai daun limau purut
- Sedikit lengkuas
- Sos ikan, garam & serbuk perasa
- Air secukupnya
Bahan-bahan sampingan:
- Sebungkus laksa Siam/ laksa halus ( di rebus)
- Timun
- Bawang besar
- Kobis
- Bunga kantan di hiris kecil
- Cili api
- Limau kasturi
- Telur rebus
Cara Penyediaan:
- Masukkan perencah tomyam, cili kisar, serai & lengkuas yang dah diketuk di dalam periuk, tumis sekejap hingga pecah minyak (jangan letak minyak ye, just masuk semua bahan dalam periuk ja sebab perencah tomyam tu dah ada minyak).
- Kemudian masukkan sardin yang dikisar tadi bersama dengan air (kuantiti air bergantung banyak mana kuah yang kita nak).
- Masukkan juga sardin yang dilenyek dan bunga kantan kemudian biarkan kuah mendidih.
- Bila dah mendidih, masukkan asam keping, daun ketumbar, daun limau purut & semua bahan perasa berserta dengan santan
- Bila dah cukup rasa yang kita nak kemudian masukkan baki santan. Biarkan mendidih sekali lagi, tutup api.
- Hidangkan bersama dengan laksa halus yang dah direbus beserta dengan bahan-bahan sampingan tadi.
Mudah sahaja kan nak buat Laksa Tomyam ini? Walaupun nampak dan kedengaran agak pelik sebab jarang sangat orang yang menyediakan hidangan ini namun rasanya sangatlah sedap. Nak tahu tahap mana kesedapan dia, kena lah buat. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita masak sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Shah Shatry Via MAHN
Baca juga: “Guna Sardin Tin Je”, Wanita Ini Dedah Resepi Asam Laksa Yang Paling Kaw & Sangat Mudah!