Proses memasak tak mudah dan memerlukan penelitian yang penuh. Ini bukan sahaja untuk menjaga rasa makanan, tapi juga untuk memastikan ia bersih dan berkualiti ketika dimakan.
Bayangkan apa perasaan anda bila makanan anda dimasak sambil lewa sehingga tersalah campak benda yang pelik sehingga boleh memutus selera? Mesti lah tak seronok, kan? Tanggungjawab untuk menjaga kualiti makanan bukan pada peniaga sahaja, malah juga pada mereka yang memasak di rumah.
Seperti baru-baru ini di Facebook, akibat terlalu leka dan teruja untuk memasak sup ayam, seorang individu terkejut apabila terjumpa sesuatu yang pelik dalam sup tersebut.
Adeh xprasan main cmpak je,ingtkn isi aym. hilang mood nk diet.
Menurut gambar yang dikongsikan oleh Khairil Ilham, benda pelik tersebut merupakan kepala ayam yang dicampak begitu sahaja dalam sup. Alangkah terkejut lelaki itu apabila melihat isi ayam rupanya kepala ayam! Terus hilang selera untuk berdiet.
Menjengah di ruangan komen, beberapa warganet mengkritik lelaki tersebut kerana tidak lebih berhati-hati dan teliti ketika mencuci ayam sebelum dimasak. Perkara tersebut seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum memasak agar dapat menjaga kebersihan dan kualiti makanan.
Walaupun lelaki itu menerima kritikan dari warganet, terdapat beberapa warganet yang menasihati orang ramai supaya bersangka baik dengan apa yang terjadi. Mungkin si tuan badan tidak meminta perkara seperti itu terjadi. Namun, malang sudah berbau.
Perkara sudah terjadi, tak ada guna juga bagi kita nak marah-marah. Jadi sebaiknya kita ambil pengajaran dari apa yang terjadi supaya tidak terlalu leka ketika memasak. Nasib baik kepala ayam yang ditemui, bukannya harta karun yang pelik-pelik dalam sup ayam.
Kredit: Khairil Ilham via MATJHN OFFICIAL