Perniagaan burger semenjak dahulu lagi diterima baik oleh warga Malaysia. Malah, pergi ke mana-mana sahaja di negara ini, pasti ada beberapa individu yang membuka perniagaan burger.
Mudah didapati dan murah, burger dari gerai kecil tetap menjadi pilihan orang ramai terutamanya dalam kalangan anak muda. Tambah-tambah sekarang, para peniaga makin berani untuk menggunakan twist tersendiri pada burger yang dijual untuk menambat hati pelanggan, nikmatnya tak dapat ditandingi.
Walaupun kreativiti para peniaga wajar di puji, namun kadang-kadang hasilnya boleh mengelirukan sesetengah pelanggan.
Di laman TikTok, seorang individu, zakwanrahpal_ , berasa keliru apabila mendapati burger special yang dibeli mempunyai ‘kejutan’ tersendiri. Setelah dialihkan roti, lelaki itu terkejut dengan hirisan bawang yang dikatakan sebesar separuh mukanya.
@zakwanrahpal_ Normal ke burger mcm ni?
@zakwanrahpal_Normal ke burger mcm ni?♬ original sound – zakwanrahpal
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa peniaga tersebut merupakan seorang pemurah dan tidak kedekut. Sebab itu lah boleh dapat bawang besar sebegitu!
Ada juga beberapa warganet yang laju bertanya mengenai lokasi dan tempat gerai tersebut untuk mendapatkan burger special seperti itu. Maklumlah, peminat bawang. Teruja sahaja bila dapat hirisan bawang sebesar itu.
Nasib baik dapat sehiris bawang besar, kalau dapat sebiji bawang, tak tahu lah nak cakap apa. Yang penting jangan cakap dengan sesiapa selepas ini takut mulut habis berbau busuk kerana penangan burger special itu.
Buat anda yang tertanya, jangan risau, lelaki itu tak kisah pun dengan hirisan bawang sebegitu. Mungkin cuma terkejut sedikit. Tidak membazir, burger itu berjaya dihabiskan.
Kredit: TikTok zakwanrahpal_