Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Proses Pokok Aloe Vera Dan Dicampurkan Dalam Air Minuman Kegemaran Anda

Cara Proses Pokok Aloe Vera Dan Dicampurkan Dalam Air Minuman Kegemaran Anda

Kategori:
aloe vera

Aloe vera sudah lama dimanfaatkan dalam pengubatan tradisional. Ia juga kerap digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan seperti sembelit, penyakit kulit, cacingan, dan infeksi. Selain itu, ia juga sering dipakai dalam bidang industri, kosmetik, farmasi, dan juga makanan.

Tak semua orang biasa memprosesnya. Jadi, ini cara untuk memproses pokok aloe vera dan sekaligus cara untuk dicampurkan ke dalam minuman kegemaran anda. Ia dikongsikan oleh Ibrisam Wossali di Facebook.

Cara Proses Pokok Aloe Vera Dan Dicampur Dalam Minuman

Petang tadi ambil 5 pelepah aloe vera. Nak buat campuran dalam minuman kegemaran saya, sirap ais lemon + gel aloe vera. Minum masa tengah hari ketika musim panas. Ini cara saya memprosesnya. Setiap orang ada caranya tersendiri.

  1. Basuh sehingga bersih pelepah aloe vera.
  2. Kerat kepada beberapa bahagian. Buang duri di kiri dan kanan pelepah.
  3. Pelepah tadi direndam dalam air garam. Ia bertujuan untuk membuang getahnya dalam beberapa minit.
  4. Buang kulitnya dan potong dadu. Saiznya ikut kesukaan masing-masing.
  5. Sediakan air garam dan air kapur sirih. Selepas potong dadu, isinya terus direndam dalam air tersebut. Tujuannya untuk singkir lendir dan getah aloe vera.
  6. Kemudian, basuh dengan air bersih. Rendam sekali lagi dalam air garam sahaja. Biarkan selama beberapa minit.
  7. Kemudian, basuh lagi dan rebus sekejap dalam air yang telah di didihkan dahulu. Angkat dan toskan dalam penapis.

Inilah rupa isi aloe vera yang telah siap direbus. Sedia untuk dicampurkan dalam minuman kegemaran anda. Sedapnya minum pada waktu panas. Fresh pulak tu. Selamat mencuba!

Mudah sangat rupanya cara proses pokok aloe vera sekaligus untuk mencampurkannya ke dalam minuman kegemaran anda. Kalau anda ada pokok aloe vera ni di rumah, rugi kalau tak cuba.

Selamat Mencuba!

Kredit: Ibrisam Wossali 

Baca Juga: Kayap Ular Boleh Menyebabkan Kematian Jika Tidak Dirawat, Ini Dia Petua Semulajadi Untuk Merawatnya

tags: