Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai kisah berkenaan dengan warga emas, kanak-kanak dan keluarga yang kelaparan. Lebih-lebih lagi ketika wabak pandemik ini, sehingga ada yang terpaksa menaikkan bendera putih kerana terlalu kelaparan dan memerlukan makanan.
Malah apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila ada yang terpaksa menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan untuk mengalaskan perut.
Seperti mana yang berlaku di sekitar Ipoh, Perak. Di mana kelihatan seorang pak cik sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah.
Kejadian tersebut dirakam dan dikongsikan di laman facebook Ipoh Com, menunjukkan seorang pak cik tua yang mencari makanan dalam tong sampah kemudian menyuapkannya ke mulut. Mungkin kerana sudah terlalu lapar.
Kasihan bukan? Lebih-lebih lagi apabila melihat keadaannya yang seakan-akan tidak terurus. Dari jauh pak cik ini dapat dilihat memakai pakaian yang kotor dan agak kurang sihat.
Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang turut meninggalkan komen di mana mereka juga sering melihat pakcik ini di sekitar Ipoh.
Semoga pakcik ini sihat selalu dan ada pihak berwajib mengambil tindakan. Kasihan melihatnya yang terpaksa mengutip makanan dari tong sampah sedemikian rupa.
Kita sebagai masyarakat harus juga memainkan peranan ya. Kalau nampak kejadian sebegini, apa kata kalau hulurkan sedikit makanan yang bersih. Kita tidak akan miskin dengan bersedekah. Percayalah.
Kredit: Facebook Ipoh
Baca juga: Tak Sengaja Buang Retainer Selepas Makan, Gadis Ini Cuak & Selongkar Semua Tong Sampah