Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nilah First & Last Makan Kat Situ..” Wanita Luah Rasa Kecewa Dengan Peniaga Yang Tidak Cermat, Makan Kerana Terpaksa.

“Nilah First & Last Makan Kat Situ..” Wanita Luah Rasa Kecewa Dengan Peniaga Yang Tidak Cermat, Makan Kerana Terpaksa.

Kategori:
kecewa dengan peniaga

Sejak kerajaan Malaysia membenarkan individu yang sudah dilengkapi dos kedua untuk dine in, orang ramai kelihatan tidak berhenti ‘menyerbu’ restoran dan gerai makan untuk melepaskan rindu setelah sekian lama.

Perkara ini membuka peluang buat para peniaga untuk mencari rezeki sekaligus membangunkan semula perniagaan mereka setelah ia terjejas teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan dahulu.

Namun, tak semua peniaga merebut peluang ini dengan baik. Seperti baru-baru ini, orang ramai asyik bernasib malang kerana makanan yang dibeli sangat mengecewakan. Tambah pelanggan, perkara itu tidak seharusnya terjadi dan seorang peniaga perlulah berniaga secara ikhlas dan jujur.

Makanan ‘Pertama’ Di Luar Sejak PKP, Wanita Ini Kecewa Dengan Peniaga

Di Facebook, seorang wanita turut merasa kecewa dengan peniaga setelah mendakwa mee sizzling yang dipesan dimasak sambil lewa.

Senenjak pendemik ni..ini lah first time mkn kat luar..itu pun dekat food court d tesco/lotus lpas keluar shopping..
order laa mee sizzling..apa yg dpt..mee dah la skit dgn isi ayam seketul sebesar ibu jari n 2 ketul sebesar kelingking. cendawan 3 hiris nipis 4 hiris daun sawi…yg ralatnya di bagi nya seketul jantung ayam yg x dbelah ..eh..betul x cermat apa dia orang buat kerja.
Nak komplem malas lah pulak nak kena beratur bagai ..makan lah dlm terpaksa..x mkn kan x baik pulak..membazir..rasanya nilah fist n last mkn kat situ.

kecewa dengan peniaga kecewa dengan peniaga

Jelas dari posting tersebut, wanita itu kecewa dengan peniaga bukan sahaja dengan kuantiti bahan, tapi juga dengan kualitinya. Malas untuk mengadu, wanita itu memilih untuk diam dan menghabiskan dalam keadaan terpaksa kerana tidak ingin membazir.

Buat Sendiri Lebih Puas Hati.

Menjengah di ruangan komen, untuk lebih berpuas hati, warganet nasihati untuk memasak sendiri di rumah. Jika dimasak sendiri, kualiti dapat dijamin dan kita juga boleh menggunakan semua bahan yang kita suka dengan kuantiti yang banyak.

kecewa dengan peniaga kecewa dengan peniaga

Peniaga Perlu Lebih Ikhlas

Ada beberapa warganet yang menasihati para peniaga untuk lebih teliti dan meniaga dengan ikhlas hati, jangan mengejar keuntungan semata-mata.

kecewa dengan peniaga kecewa dengan peniaga kecewa dengan peniaga

Perkara ini sering kali terjadi. Diharapkan para peniaga lebih teliti ketika meniaga supaya pelanggan lebih berpuas hati. Lagipun, jika kita meniaga secara jujur, orang ramai berasa lebih senang hati untuk menyokong perniagaan kita.

Kredit: Suria Noor via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam, Apa Ini?! Sangat Pelik, Warganet Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..

tags: |