Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Syarikat Hup Seng Telah Keluarkan Kenyataan Mengenai Dakwaan Biskut Mengandungi Bahan Penyebab Kanser.

Syarikat Hup Seng Telah Keluarkan Kenyataan Mengenai Dakwaan Biskut Mengandungi Bahan Penyebab Kanser.

Kategori:
HUP SENG

Terbaru, syarikat Hup Seng menjadi bualan orang ramai apabila Persatuan Pengguna Hong Kong menemui produk dari syarikat tersebut mengandungi bahan penyebab kanser iaitu akrilamida dan glisidol.

Jelas, perkara tersebut telah menjejaskan imej syarikat itu dan menyebabkan orang ramai meragui jenama biskut kesukaan rakyat Malaysia itu.

HUP SENG

Setelah teruk dikritik dan pelanggan mula khuatir akan kualiti biskut yang dihasil dan dijual di Malaysia, syarikat Hup Seng akhirnya tampil dengan sebuah kenyataan bagi ‘menenangkan’ pelanggan setia mereka.

Kenyataan Rasmi Dari Hup Seng

Baru sahaja di muat turun di laman Facebook rasmi syarikat itu, Hup Seng telah mengeluarkan sebuah kenyataan bagi menjelaskan tuduhan dari Persatuan Pengguna Hong Kong.

Memandang serius akan isu itu, syarikat Hup Seng meyakinkan pelanggan setianya bahawa “Special Cream Crackers” yang telah dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat untuk dimakan dan selaras dengan regulasi tempatan, standard kualiti dan standard keselamatan makanan.

Turut ditambah, syarikat itu sedia untuk berkerjasama dengan pihak berkuasa bagi melancarkan proses penyiasatan.

HUP SENG

(Kenyataan rasmi dari Hup Seng yang dimuat turun di laman Facebook)

Orang Ramai Tak Perlu Cepat Membuat Konklusi Sendiri.

Hup Seng yang telah didirikan oleh empat orang adik beradik dan salah seorang rakan mereka pada tahun 1957 di kampung Parit Linau Kecil, Bukit Pasir di Batu Pahat, Johor.

Semejak pendiriannya, ia menjadi sebuah pengilang biskut yang mengambil berat tentang tanggjungjawab sosial , kualiti dan keselamatan produk. Pada tahun 1974, syarikat itu dikenali sebagai Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd (HPSM).

HUP SENG

(Produk dari syarikat Hup Seng)

Setelah bertahun berada di pasaran, biskut-biskut Hup Seng telah mempunyai tempat di rumah dan hati rakyat Malaysia. Walaupun isu terkini agak membimbangkan, orang ramai dinasihati untuk tidak membuat andaian tersendiri dan tunggu kenyataan selanjutnya oleh pihak berkuasa.

Buat sementara waktu, rakyat Malaysia tidak perlu terlalu panik. Biskut yang digemari masih lagi boleh dinikmati tanpa ragu-ragu dan telah dijamin selamat oleh syarikat itu.

Kredit: Facebook page Hup Seng

Baca Juga: “Apa Yang Dia Fitnah?” Lelaki Ini Dikecam Oleh Warganet Gara-Gara Kongsi Gelagat Anak Tergigit Jari Di Sushi King.

 

tags: | |