Memasak gulai agak mencabar juga, kalau tak kena cara gulai akan kelihatan tidak menarik dan tidak menyelerakan. Rupanya sangat banyak pantang larang untuk memasak yang dikongsikan oleh orang tua-tua dahulu, begitu juga dengan memasak gulai.
Macam mana nak masak gulai yang terbaik untuk mengiurkan selera keluarga anda? Pada artikel ini, jom kita lihat petua larangan memasak gulai yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi di Facebook.
Part ini cikgu ulang dua kali untuk tunggu. Pertama, selepas masukkan rempah. Sebab biasa cikgu tak campur air lagi waktu ni. Sampailah rempah tu keluar minyak sedikit. Kedua, selepas kita masukkan air. Cikgu tunggu lagi pes betul-betul pecah minyak.
Ada waktu tertentu yang sesuai sahaja untuk guna api besar. Untuk semua jenis masakan gulai cikgu akan pastikan mereneh dalam api kecil sahaja.
Misalnya bawang merah dan bawang putih tu kena padan dengan kuantiti lauk serta sukatan kuah yang kita ingini. Ibu cikgu selalu pesan, bawang putih tu jangan terlebih guna. Nanti rasa gulai jadi lain menyengat.
Bahagian terpenting dari segi pemilihan jenama yang disukai. Masukkan rempah biar padan dengan jumlah ketul lauk yang dibuat.
Ramai yang silap juga buat kira-kira part ni. Kalau terlebih masuk gulai akan memekat menghasilkan rupa yang tidak menarik. Cikgu paling pantang kalau menggulai santan jadi ‘butir keli’.
Bagi cikgu dua bahan ini kena seimbang. Lidah cikgu memang terbiasa kena ada manis-manis menyerlah juga dalam gulai. Barulah ‘nyakut’ makan gulai begini.
Buat yang baru belajar memasak, korang kena simpan petua larangan ini supaya gulai anda menjadi sedap. Rugi kalau kita tidak ikut petua ini. Boleh la kita jauhi pantang larang memasak gulai kerana ia boleh menghasilkan kuah yang lebih sempurna.
Semoga bermanfaat!
Kredit tips: Afy AL Habibi
Baca Juga: Tips Masakan Dari Orang Lama, 3 Bahan Utama Ini Wajib Ada Bagi Menyedapkan Masakan!