Setelah dunia menerima impak yang negatif dari pandemik Covid-19, ramai yang telah kehilangan pekerjaan. Meskipun terputus sumber rezeki, mereka cuba untuk bangkit semula dan menceburi diri dalam dunia perniagaan.
Bermula kecil-kecilan, pelbagai cara yang digunakan oleh para peniaga untuk menarik minat pelanggan. Aksi dan gimmick akan digunakan oleh para peniaga makanan agar produk mereka lebih dikenali.
Jika dahulu kita pernah melihat aksi adiwira menari ketika menjual minuman, sekarang peniaga tidak keberatan untuk perkenalkan pelbagai watak lain yang dikenali ramai untuk memancing pelanggan.
Di laman TikTok, seorang pengguna, boqkai memuat turun gelagat seorang Masked Rider yang kelihatan riang menari untuk menarik minat pelanggan.
Meskipun tiada pelanggan yang datang, dia kelihatan seronok menari sambil mempromosikan Pati Teh Ais Avanger di hadapan Mc Donald’s Kangar, Perlis.
@boqkai Sama2 lh kita sapot business abg ni.. PATI TEH AIS AVANGER.. Depan Mcd Kangar.. #fyp #fypシ #fy #foryoupage #foryou #malaysia #funnyvideo #foryou
@boqkai Sama2 lh kita sapot business abg ni.. PATI TEH AIS AVANGER.. Depan Mcd Kangar.. #fyp #fypシ #fy #foryoupage #foryou #malaysia #funnyvideo #foryou ♬ original sound – Ufuk Timur❤🇮🇩 – ❤🇲🇨عَبْدُالْحَفِيْظ
Menjengah di ruangan komen, warganet berasa tersentuh melihat keadaan Masked Rider itu. Demi mencari rezeki yang halal, sanggup menari di tengah panas, tak mengendah jika diketawakan.
Ada juga yang berasa sebak melihat gelagat masked rider itu. Mungkin ini sahaja yang mampu dilakukan untuk meneruskan hidup.
Semoga abang Masked Rider dan para peniaga di luar sana dipermudahkan rezeki. Mereka tak buat benda salah pun, sekadar meniaga untuk mencari rezeki bagi meneruskan hidup dan menyara keluarga masing-masing.
Walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa, mereka tetap hero dalam realiti yang tidak pernah berhenti berusaha berjuang dalam dunia yang penuh cabaran ini. Doakan mereka semua.
Kredit: TikTok boqkai