Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Orang Hebat Berbicara..”, Tun Dr Mahathir Dedah Rahsia Kesihatan, Berhenti Makan Bila…

“Orang Hebat Berbicara..”, Tun Dr Mahathir Dedah Rahsia Kesihatan, Berhenti Makan Bila…

Kategori: ,,
berhenti makan bila sedap

Pasti ramai yang amat mengenali Tun Dr Mahathir ini. Beliau telah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali. Umum mengetahui walaupun dah berusia beliau tetap kelihatan muda dan masih lagi gagah. Rupa-rupanya antara faktor utama untuk sentiasa sihat dan gagah adalah menjaga pemakanan.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok miliknya, ada beberapa nasihat atau rahsia penting yang disampaikan oleh beliau. Antaranya adalah berhenti makan setelah makanan tersebut terlalu sedap. Kebiasaanya makanan yang sedap kita akan makan banyak kan?

Apabila kita makan banyak, perut akan menjadi besar dan ini memberi tekanan kepada jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang individu namun apabila dia berfikir soal kesihatan pasti ia akan menjaganya.

Jangan makan makanan berlemak

Selain dari itu, beliau juga menasihati orang ramai agar jangan makan makanan yang berlemak terlalu banyak. Apabila terlalu banyak sangat lemak dan kolesterol, saluran darah akan menjadi sempit. Seterusnya akan menyebabkan.

Jangan menghisap rokok

Tambah Dr Mahathir lagi, beliau menasihati orang ramai agar tidak menghisap rokok. Paru-paru kita ini mempunyai rekabentuk ialah untuk menyerap oksigen dan bukannya asap.

Asap tidak diperlukan oleh badan kita tetapi apabila asap masuk dan melekat ke dalam paru-paru ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan kita akan mudah berasa penat.

Arak bukan diperlukan oleh tubuh badan

Satu lagi adalah arak. Arak bukan diperlukan oleh tubuh badan manusia. Hati akan mengalami kerosakan dan tidak berdaya untuk menjalankan tugasnya untuk keperluan tubuh badan kita.

Itulah antara perkara yang perlu kita titikberatkan dan ini adalah salah satu faktor yang membantu memanjangkan umur kita. Cara ini tidak boleh tentukan sakit sama sekali tetapi cara ini dapat mengurangkan kita terdedah kepada bahaya penyakit yang boleh membawa maut.

Untuk pengetahuan semua, Tun Dr Mahathir telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari Universiti Malaya. Beliau pernah menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar.

@chedetofficialKalau makan sedap …♬ Chill R & B with a nostalgic atmosphere(967006) – table_1

 

Sumber: TikTok Tun Dr Mahathir

Baca juga: Siapa Nak Kurus? Ini 30 Makanan Sihat Untuk Anda Yang Nak Kurus Dengan Mudah

tags: | |