Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Niat Mulia Lelaki Ini Untuk Bersedekah Pada Kucing Terbiar Tidak Kesampaian Gara-Gara..

Niat Mulia Lelaki Ini Untuk Bersedekah Pada Kucing Terbiar Tidak Kesampaian Gara-Gara..

Kategori:
KUCING

Di luar sana, tak semua orang mempunyai kehidupan yang penuh kesenangan. Malah, semenjak pandemik wabak Covid-19 melanda dunia, ramai yang telah terkesan dan kehilangan sumber pendapatan. Akibatnya, ramai yang terpaksa berlapar dan mengharapkan belas kasihan insan lain bagi meneruskan kehidupan.

Bagi kita yang mampu, tidak salah pun jika kita bersedekah dan menghulurkan sedikit bantuan. Malah, bukan sahaja pada manusia, bersedekah dan membantu haiwan terbiar turut digalakkan kerana mereka turut mengharapkan belas kasihan manusia bagi mengisi perut.

Bantu Kucing Terbiar Tapi Ini Pula Terjadi

Di laman TikTok, seorang pengguna, nurul.hafizah96, memuat turun sebuah pendek yang memaparkan niat mulia suaminya yang telah membeli ayam goreng untuk diberikan pada seekor kucing.

Oleh kerana berasa kasihan, lelaki itu telah meletakkan makanan tersebut di hadapan kucing tersebut. Sejurus itu, dia terus bergerak untuk meninggalkan kucing itu. Namun, apabila ditoleh belakang, apa yang terjadi teramat mengejutkan sehingga lelaki itu tidak mampu menahan gelak.

Setelah meninggalkan haiwan itu, ayam goreng tersebut telah ‘disambar’ oleh seorang lelaki yang lantas laju memakannya. Mungkin kerana lapar, dia sanggup ‘berebut’ makanan dengan kucing tersebut.

@nurul.hafizah96 #CapCut ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Patah Balik Untuk Belikan Makanan

Di ruangan komen, suami pengguna tersebut mengambil peluang untuk menjelaskan perkara yang terjadi selepas rakaman tersebut.

Tidak sampai hati melihat lelaki itu kelaparan, pasangan suami isteri tersebut berpatah balik dan membelikan makanan dan air buatnya.

KUCING

Terima Kasih Kerana Menjadi Contoh Yang Baik

Tindakan suami isteri itu yang tidak keberatan untuk bersedekah pada haiwan dan lelaki tersebut berjaya menyentuh perasaan orang ramai. Terharu, mereka mendoakan supaya mereka terus dimurahkan rezeki.

KUCING KUCING KUCING

Meskipun tindakan lelaki tersebut salah kerana telah ‘mencuri’ rezeki kucing itu, namun kita tidak berada di tempatnya.

Mungkin terlalu lapar dan buntu, dia terpaksa bertindak sedemikian. Sedih juga bila dikenangkan, nasib baik dia ditemukan dengan pasangan tersebut yang telah menyedekahkan makanan.

Kredit: TikTok nurul.hafizah96

Baca Juga: “Walaupun Dia Haram, Tapi Dia Juga Makhluk Allah..” Sangat Pemurah, Lelaki Ini Berkongsi Rezeki Dengan Anjing Terbiar.

tags: |