Memandangkan kerajaan sudah memberikan kelonggaran pada orang ramai untuk ke kedai makan, mereka sudah laju ke premis perniagaan makanan untuk merasai suasana dahulu dimana mereka boleh dine-in dan membeli makanan. Namun, memandangkan kes Covid-19 masih lagi berleluasa, Safety Operation Procedure (SOP) perlulah dipatuhi agar menggelakkan penularan wabak tersebut.
Meskipun sering dinasihati, ada segelintir orang ramai yang masih lagi ingkar dengan arahan dari kerajaan. Perkara tersebut sering dipandang rendah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Akibatnya, rangkaian Covid-19 masih lagi belum dihapuskan.
Di laman TikTok, seorang pengguna, p3rson4blu3c4ndy memuat turun gelagat seorang pelanggan di kedai makan yang berjaya undang pelbagai kecaman dari warganet.
Menurutnya, pelanggan tersebut merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana telah menyusahkan peniaga. Tidak ingin turun dari kenderaan pada mulanya, tindakannya seterusnya yang terus sahaja masuk ke premis kedai makan tanpa mematuhi SOP dan mengimbas kod MySejahtera buat orang ramai ‘panas’.
https://www.tiktok.com/@p3rson4blu3c4ndy/video/7025746532808838426?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@p3rson4blu3c4ndy #fypシ #fypdongggggggg #baruakutahu ♬ bunyi asal – p3rson4Blu3C4ndy
Kerenah pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu buat warganet bengang. Ingin ditegur namun risau akan perkara yang tidak diingini akan berlaku, ini sahaja yang boleh dilakukan.
Melihat pada situasi tersebut, warganet turut kongsi pengalaman yang sama dimana mereka pernah bertemu dengan individu yang tidak bertanggungjawab dan melanggar SOP dengan selambanya tanpa rasa bersalah.
Sedih juga bila melihat masih ramai diantara kita yang bersikap sebegitu. Jika masih ada yang lalai, sampai bila penularan wabak Covid-19 tidak dapat dihentikan. Rakyat Malaysia harus menjalankan tanggungjawab masing-masing, jangan hanya mengharapkan kerajaan sahaja yang memainkan peranan.
Kredit: TikTok p3rson4blu3c4ndy
Baca Juga: “Apa Yang Scam Nya..”, Wanita Dakwa Kene Scam Kerana Dapat Tempe Busuk Namun Ini Jawapan Warganet!