Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Lada Goreng Yang Super Padu Dan Boleh Tahan Lama. Makan Dengan Makanan Berkuah Lebih Sedap!

Resepi Sambal Lada Goreng Yang Super Padu Dan Boleh Tahan Lama. Makan Dengan Makanan Berkuah Lebih Sedap!

Kategori: ,
resepi sambal lada goreng yang sedap

Sambal lada merupakan antara hidangan yang wajib ada bagi penggemar makanan pedas. Kalau makan nasi atau apa-apa hidangan namun tiada sambal pasti tidak lengkap. Namun pastinya korang dah bosan kan asyik makan sambal biasa sahaja.

Apa kata kali ini cuba buat pula Sambal Lada Goreng yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar ini. Caranya sangat mudah malah sambal ini boleh disimpan lama tau.

Cara Buat Sambal Lada Goreng Yang Sedap Serta Mudah!

Bahan-bahan:

  • 7-8 ulas bawang merah ***
  • 5 ulas bawang putih ***
  • 1 1/2 genggam lada kering (yang halus) ***
  • 1 inci belacan bakar ***
  • 5 sdb gula perang
  • 1 sdb pes asam jawa adabi
  • 1/2 sdk serbuk perasa
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Kisar atau tumbuk bahan-bahan bertanda *** dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak, tuangkan bahan-bahan kisar atau tumbuk dan tumis sehingga pecah minyak serta nampak sedikit garing.
  3. Masukkan gula perang dan masak sehingga merah gelap. Kemudian masukkan pes asam jawa, serbuk perasa dan garam.
  4. Masak hingga sambal lada betul-betul kering dan cantik kemerahan.
  5. Kemudian siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Sambal Lada Goreng ini? Boleh simpan lama dan sangat sedap. Paling sedap makan dengan ikan rebus goreng dan telur mata. Nak jadikan sebagai penambah rasa dalam mee sup pun sedap.

Kredit: Rosmaliza Omar

Baca juga: Petua & Cara Buat Sambal Tumis Supaya Bertambah Sedap. Banyak Jenis Sambal Tumis Namun Ada Petuanya Tersendiri!

tags: | | |