Namanya wanita, sifat daya saing amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi jika ‘lawannya’ pernah menyakitkan dan merendahkannya dahulu, dendam tersebut tidak dapat dilupakan dan akan dibawa dalam hati sampai ke tua.
Malah, setelah bertahun-tahun yang berlalu, cemuhan itu masih lagi disimpan dan dijadikan pendorong semangat untuk menjayakan diri dengan harapan untuk ‘membalas’ balik pada mereka yang pernah memandang rendah padanya.
Di Youtube, seorang Youtuber terkenal, MrKoKom, memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan gelagat musuh lama yang telah bersemuka setelah sekian lama tidak bertemu.
Berlaku di restoran, Ina, yang hampir tidak mengenali Fiza yang kelihatan bergaya, menyapa wanita itu. Namun, Fiza jelas tidak mengingati Ina, mungkin sudah lama tidak berjumpa. Ina yang tampak mesra pada awalnya, kelihatan tersentap apabila Fiza mula bercakap sinis padanya.
Pernah dicemuh oleh Ina, Fiza kini bukanlah wanita kampung yang dahulu kerana telah kaya dan berjaya. Ina yang tidak dapat menahan diri, terus membidas Fiza dengan satu kenyataan yang pedas. Diperli kerana tidak pernah merasai kesenangan, Ina kemudian terus meminta maaf. Namun jelas perkara tersebut disengajakan bagi menyakitkan hati Fiza.
Situasi bertambah tegang apabila seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka. Ingin menunjuk, Ina terus memesan daging Wagyu yang merupakan hidangan istimewa di restoran tersebut. Tak ingin mengalah, Fiza kemudian memesan hidangan daging Wak Lu yang diimport dari negara Zimbabwe dan merupakan hidangan termahal di restoran tersebut.
Tak kisah mengenai harga, Fiza terkejut melihat Ina menyedekahkan daging Wak Lu pada kanak-kanak. Fiza kemudian membalas dengan membeli restoran tersebut dengan harga RM 5 Juta. Geram, Ina tidak dapat menahan diri dan mula bergaduh mulut dengan Fiza.
Dua wanita itu rancak menghina bakat memasak masing-masing dan kemudiannya menyentuh isu suami. Tak ingin kalah, mereka mula membandingkan suami masing-masing. Ina terus mencabar Fiza untuk memaparkan muka suaminya. Ingin melihat siapa yang memiliki suami yang paling kacak, Fiza turut mencabar Ina untuk melakukan perkara yang sama.
Namun, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat rupa suami mereka serupa, mengesahkan bahawa mereka telah berkahwin dengan lelaki yang sama. Video tersebut diakhiri dengan ayat penutup “Biar rempah sama, jangan suami sama..”
Tonton video oleh MrKoKom di sini:
Video tersebut jelas merupakan lakonan semata-mata. Namun, di ruangan komen, warganet amat memahami situasi tersebut kerana ia merupakan perkara yang biasa terjadi diantara wanita.
Ini lah jadinya bila wanita bermusuh. Jangan sampai ada suami sama sudah. Memang jadi mimpi ngeri buat seorang wanita.
Kredit: Youtube MrKoKom
Baca Juga: “Sangat Pelik”, Iklan Mesin Kopi Brad Pitt Dikritik Pakar