Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kereta Disimbah Maggi, Wanita Ini Mula Hilang Sabar Dengan Sikap Kurang Ajar Penduduk Flat

Kereta Disimbah Maggi, Wanita Ini Mula Hilang Sabar Dengan Sikap Kurang Ajar Penduduk Flat

Kategori: ,
PENDUDUK

Hidup dalam masyarakat memerlukan sikap toleransi dan saling menghormati demi menjaga keharmonian kejiranan. Oleh itu, semua penduduk wajar memainkan peranan masing-masing dan menjaga sikap. Maklumlah bukan kita sahaja yang tinggal di kawasan tersebut.

Jika penduduk mementingkan diri sendiri, pelbagai salah faham akan berlaku. Lalu akan menjejaskan silaturahim diantara satu sama lain. Jadi sewajarnya kita menjadi seorang jiran yang prihatin dan bertimbang rasa pada orang lain.

Penduduk Kurang Ajar, Suka Hati Baling Maggi

Sikap toleransi dan menghormati amatlah penting, lagi-lagi di kalangan penduduk flat di mana mereka tinggal dalam sebuah komuniti. Namun, seorang pengguna, nina_kechiik memuat naik sebuah video di laman TikTok yang memaparkan sikap tidak bertanggungjawab salah seorang penduduk flat yang telah membuang semangkuk Maggi di luar jendela.

Tercampak di atas keretanya, wanita itu berasa berang dengan sikap kurang ajar pelaku. Kereta baru sahaja dibasuh, perkara tersebut begitu biadap dan tidak boleh diterima akal.

@nina_kechiikmemang ak tak dapat terima !!!! Dasar tak ada otak !!♬ bunyi asal – Nina_kechiik🌹

Duduk Di Flat, Perkara Ini Biasa Terjadi

Menjengah di ruangan komen, beberapa warganet turut kongsi pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang pernah tinggal di kawasan flat. Kejadian yang normal, nasib baik bukan objek lain yang dilontarkan.

PENDUDUK

Cuba Parking Jauh Sikit, Dapat Elak Perkara Ini

Malah, ada juga segelintir warganet yang menasihati wanita tersebut untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang lain. Meskipun jauh, ia dapat mengelakkan perkara itu dari berulang lagi dan kerosakan yang lebih teruk pada kenderaannya.

PENDUDUK

Tak sangka masih ada orang di luar sana yang bawa perangai tidak bertanggungjawab seperti ini? Seharusnya perkara seperti ini tidak terjadi. Sebelum bertindak sebegitu, cuba fikirkan penduduk lain.

Nasib baik maggi, belum lagi objek lain yang boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan orang lain. Lagi lah teruk si tuannya mengamuk.

Kredit: TikTok nina_kechiik

Baca Juga: “Jaga Hati Kami, Itu Makanan Kami..” Loya Kerana Terbau Daging Khinzir Yang Direbus, Warganet Nasihat Jangan Terlalu ‘Over’

 

tags: | |