Kerjaya sebagai seorang cikgu merupakan tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Perlu beramanah dan mendidik insan muda untuk menjadi seorang yang berilmu dan elok perilakunya, tak semua orang mampu memikul tanggungjawab itu.
Selain tanggungjawab, seorang cikgu juga perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar dan ibu bapa. Namun, kemanisan perkerjaan itu bukan juga pada hasil pendapatan tapi juga pada kemesraan yang terjalin bersama pelajar. Malah, ada segelintir cikgu yang berasa berbangga pada pelajar mereka, seolah anak sendiri.
Di laman TikTok, seorang pengguna, munabaharom memuat turun gelagat seorang pelajar yang sanggup meredah hujan semata-mata untuk menghulurkan bubur ayam buatnya.
Wanita itu yang merupakan seorang cikgu berhenti di hadapan sebuah gerai yang menjual bubur ayam. Belum sempat lagi untuk turun dari kenderaan, wanita itu ternampak salah seorang pelajarnya yang turut singgah di gerai tersebut.
Dengan keadaan yang hujan, dia memilih untuk menunggu dalam kereta dan ingin turun selepas pelajar itu berlalu pergi. Namun, dia tidak menyangka bahawa pelajar tersebut terus mendekatinya dan memberi bubur ayam. Gembira, pelajar tersebut terus berlalu pergi.
Wanita itu cukup tersentuh dengan tindakan pelajar tersebut dan menjelaskan bahawa kebaikan dan kejayaan pelajar-pelajar sudah memadai buatnya.
@munabaharom Kadang kegembiraan cikgu bukanlah daripada gift yang awak bagi, tapi daripada kebaikan awk dan juga kejayaan awak 🥲 #cikgutiktok #studentsbelike
@munabaharom Kadang kegembiraan cikgu bukanlah daripada gift yang awak bagi, tapi daripada kebaikan awk dan juga kejayaan awak 🥲 #cikgutiktok #studentsbelike ♬ Kiss the Rain – Elise Bechstein
Menjengah di ruangan komen, warganet berasa tersentuh dengan video tersebut. Hubungan yang baik, mesti ada sebab mengapa pelajar tersebut bertindak sebegitu.
Malah, ada juga warganet yang berminat untuk menjadi pelajar wanita tersebut. Mesti merupakan seorang yang baik, mereka sedia untuk belajar dengannya.
Alahai, comelnya gelagat mereka, kan? Bagi mereka yang bergelar sebagai seorang cikgu, kebaikan dan kejayaan pelajar menjadi sebuah ganjaran yang tidak dapat dilupakan. Alangkah gembiranya satu sekolah jika semua cikgu dan pelajar mempunyai hubungan sebegini.
Kredit: TikTok munabaharom
Baca Juga: Niat Nak Bantu Keluarga, Dua Beradik Ini Sanggup Meniaga Nasi Lemak Depan Masjid Dari Awal Pagi