Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hati-Hati Pada Sang Suami Yang Leka Main Handphone..” Walaupun Hebat Di Dapur, Akhirnya Chef Ini ‘Tewas’..

“Hati-Hati Pada Sang Suami Yang Leka Main Handphone..” Walaupun Hebat Di Dapur, Akhirnya Chef Ini ‘Tewas’..

Kategori:
CHEF

Aktiviti memasak bukan sahaja memerlukan minat yang mendalam tapi juga pemerhatian yang sepenuhnya bagi mengelakkan terjadinya sebarang kecelakaan. Bukan sahaja suri rumah, malah chef yang berpengalaman perlu peka ketika di dapur.

Baru-baru ini, pelbagai kejadian aneh telah terjadi kerana terlalu cuai apabila memasak. Sebelum memasak, pastikan anda hapuskan segala gangguan yang boleh menyebabkan fokus anda terganggu.

Akibat Terlalu Leka Bermain Handphone, Ini Pula Yang Terjadi Pada Chef Ini

Di laman Facebook, seorang individu, Azam berkongsi pengalaman dan menasihati orang ramai supaya tidak terlalu leka melayani gangguan luar ketika di dapur. Jika tidak berhati-hati, barangkali perkara sama akan terjadi pada anda.

Tambahnya, kerana terlalu lalai dan tidak memeriksa suhu dengan tepat ketika membakar roti, hasilnya ia telah hangus di permukaan atas. Walaupun begitu, dia memberitahu bahawa roti tersebut masih lagi boleh dimakan dan rasanya tetap sedap. Apa yang cuma perlu dilakukan adalah memotong kerak hitam dan rasanya tetap enak.

hg kata hg tera..

Jgan ingat chef tak buat kesilapan ya

Tak check temperature masuk terus tekan on ni lah jadi nya..

Hati² kpd sang suami jgan dok leka main hp ja..

Bini dah ready nk makan roti, roti pulak hangus..

Kalu dia hangus mcm ni jgan buang..potong kerak hitam ni dalam dia masih ok..Rasa dia lg sedap dan wangi..garinggg..

CHEF CHEFCHEF CHEF

Warganet Tampil Dengan ‘Sokongan’

Meskipun masakan kali ini merupakan ‘fail’ buat chef tersebut, namun beberapa warganet tetap datang untuk memberikan sokongan supaya dia terus bersemangat untuk teruskan aktiviti memasak.

CHEF

Walaupun Hangus Tapi Mesti Sedap!

Malah di ruangan komen, ada juga beberapa warganet yang berani jamin bahawa rupanya yang hangus tak semestinya rasanya tak enak. Cicah apa pun mesti sedap!

CHEF

Kesiannya bila jadi macam ini. Nasib tak dibebel oleh si isteri. Maklumlah perempuan bila mengidam roti, semuanya kena sempurna. Bukan sahaja pada rasa tapi turut pada rupanya. Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati di dapur jika tak mahu perkara sama terjadi.

Kredit: Azam via Suami Masak Apa Hari Ini?

Baca Juga: Wanita Kupas Bawang Tengah Malam Buta Tak Menjadi, Tiba-Tiba Bawang Menjelma Menyerupai…

tags: |