Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Aksi Pekerja Yang Menikmati Makanan Dalam Keadaan Bahaya Undang Kerisauan Di Kalangan Warganet

Aksi Pekerja Yang Menikmati Makanan Dalam Keadaan Bahaya Undang Kerisauan Di Kalangan Warganet

Kategori:
BAHAYA

Jika tidak berhati-hati, pelbagai kecelakaan boleh berlaku. Malah, akan ada sesetengah perkerjaan yang akan meletakkan kita dalam situasi bahaya. Oleh itu, kita perlu lah sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan alat keselamatan jika tidak mahu ditimpa kemalangan.

Namun begitu, ada juga diantara kita yang memandang rendah soal keselamatan kerana sudah selesa dan pakar dengan perkerjaan. Tak kira apa jua situasi, seorang pekerja tersebut harus akur pada prosedur keselamatan.

Lelaki Ini Selamba Makan Dalam Keadaan Bahaya

Di laman TikTok, seorang pengguna, sanusi9710, memuat turun sebuah video yang memaparkan aksi seorang pekerja yang menikmati nasi berlauk dalam keadaan yang berbahaya.

Tidak gentar meskipun tinggi, mereka yang berada dalam video tersebut dikatakan tidak dilengkapi sepenuhnya dengan alat keselamatan. Malah, ada yang bersandar sambil bermain handphone!

@sanusi9710semangat yo semangat♬ Ayo Kerjo – Jihan Audy

Seram Pula Bila Tengok..

Menjengah di ruangan komen, para warganet berasa seram melihat aksi mereka.

BAHAYA

Warganet Nasihat Demi Keselamatan Mereka

Malah, ada beberapa warganet yang risau akan mereka yang berada dalam situasi bahaya dan menasihatkan mereka agar dilengkapi sepenuhnya dengan alat keselamatan.BAHAYA

Bagi mereka yang mempunyai phobia dengan ketinggian, mesti berasa seram sahaja melihat aksi bahaya mereka, kan? Siapa sahaja yang tidak takut jika perlu berkerja dalam keadaan sebegitu. Jika tersalah langkah atau tergelincir, tak boleh bayang apa yang akan terjadi.

Semoga mereka lebih berhati-hati lain kali. Bagi anda yang berkerja dalam situasi sebegitu, sentiasa patuh dengan prosedur keselamatan dan lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan. Berbuat sedemikian mampu melindungi diri anda.

Kredit: TikTok sanusi9710

Baca Juga: “Hati-Hati Pada Sang Suami Yang Leka Main Handphone..” Walaupun Hebat Di Dapur, Akhirnya Chef Ini ‘Tewas’..

 

 

tags: |