Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kenali 5 Cara Memasak Daging Steak Dengan Tepat Di Restoran, Turut Ada Penjelasan Dari Mufti

Kenali 5 Cara Memasak Daging Steak Dengan Tepat Di Restoran, Turut Ada Penjelasan Dari Mufti

Kategori: ,
medium rare

Hidangan steak merupakan hidangan yang terkenal, terutamanya di kalangan pencinta makanan barat. Ia merupakan potongan besar daging yang disiapkan untuk memasak. Selalunya, daging lembu menjadi pilihan utama, namun daging ayam atau ikan juga sering digunakan. Steak biasanya dimasak dengan cara dipanggang ataupun digoreng.

Berbeza dengan lauk daging yang dimasak cara Malaysia, steak boleh dinikmati dengan pelbagai cara dan mengikut kesukaan masing-masing.

Selain Medium Rare, Steak Juga Dimasak Dengan Cara Lain

Berikut merupakan beberapa cara lain untuk menikmati steak anda. Masakan yang lebih cepat akan menghasilkan daging yang lebih lembut, dan berair, dan masakan yang lebih lama akan mengurangkan juicyness pada daging dan juga masalah tentang penyakit.

  • Jarang (Rare) – Luarnya kelabu keperangan, dan bahagian tengah bewarna merah dan bahagian antara luar dan tengah berwarna merah muda.
  • Sederhana Jarang (Medium rare) – Luarnya bewarna kelabu keperangan, bahagiannya bewarna merah muda yang hampir keperangan seperti luar.
  • Sederhana (Medium) – Bahagian dalamnya merah muda yang hampir kepada kelabu keperangan. Bahagian luarnya kelabu keperangan.
  • Sangat sederhana (Medium well) – Dagingnya hampir keseluruhan kelabu keperangan dengan sedikit kemerahan di tengahnya. Airnya telah dikurangkan pada tahap ini.
  • Masak (Well done) – Dagingnya kelabu keperangan buat keseluruhan. Kelembutan dan airnya dikurangkan dan daging agak kering dan liat.

MEDIUM RARE

Penjelasan Dari Mufti

Namun, ada juga beberapa individu yang beragama Islam risau akan steak yang dimasak dengan cara medium rare. Ingin tahu, dia telah melakukan sedikit penyelidikan.

Hasil dari penyelidikkannya, dia telah mendapati bahawa daging yang dimasak dengan cara selain cara well done masih lagi selamat dan boleh untuk dimakan buat mereka yang beragama Islam.

MEDIUM RARE

MEDIUM RARE

Bagi penggemar steak, apakah cara masakan steak yang anda paling suka? Setiap cara ada kelebihan, ada kekurangannya. Seeloknya anda menikmatinya dalam kadar sederhana bagi mengelakkan sebarang penyakit berbahaya.

Semoga info ini bermanfaat buat anda.

Kredit: TashaRuby Kanapi

Baca Juga: Mengalahkan Harga Ikan Siakap 1 Ribu Lebih, Ini Rupanya Ikan Termahal Di Dunia Dengan Berat Mencecah 278kg!

 

tags: |