Minyak zaitun merupakan lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean.
Antara sebab utama ia dianggap satu makanan ‘super’ adalah kerana khasiatnya yang terdapat dalam minyak zaitun. Ianya mengandungi lemak tidak tepu dan juga vitamin semulajadi.
Nota: Daripada semua itu, extra virgin merupakan gred minyak zaitun (EVOO) yang paling tinggi dan mahal. Ia mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi untuk melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan. Namun, ia tidak sesuai untuk dimasak pada suhu lebih daripada 160 darjah selsius,“ ujarnya.
Melindungi organ jantung
Diet Mediterranean lazimnya mencampurkan minyak zaitun dalam setiap hidangan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ia bertindak melindungi organ jantung dengan menurunkan tekanan darah, mencegah penggumpalan darah, melindungi dinding pembuluh darah, menurunkan radang dan menjaga kadar kolesterol dalam tubuh badan manusia.
Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes
Ia juga mampu menghilangkan plak beta-amyloid yang dipercayai boleh memicu penyakit Alzheimer. Praktis dalam Diet Mediterranean juga dikatakan boleh mencegah diabetes tahap dua. Namun, kedua-duanya masih belum dibuktikan secara saintifik.
Mencegah strok
Berdasarkan penyelidikan, menikmati minyak zaitun dengan kerap dapat merendahkan risiko strok. Sekali lagi, ia masih memerlukan kajian lebih terperinci.
Menurunkan berat badan
Ia juga merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh dikonsumsi untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.
Memiliki kadar antiradang yang tinggi
Kandungan (antiradang) dalam minyak zaitun dikatakan menyamai ubat antiradang ibuprofren. Sumber semula jadi minyak itu dipercayai boleh meringankan radang sendi (rheumatoid arthritis).
Mencegah pankreatitis akut (keradangan pankreas)
Keradangan pankreas atau pankreatitis akut mudah meragut nyawa manusia dengan mudah. Kandungan asam oleat dan hydroxytyrosol dalamnya mampu menghindarkan sesiapa daripada penyakit itu.
Mengurangi risiko depresi (stres)
Dibandingkan dengan individu yang menggunakan lemak trans, mereka yang mengambil minyak zaitun akan mengalami masalah depresi yang lebih rendah iaitu sebanyak 48 peratus.
Bersifat antibakteria
Ia juga boleh membunuh bakteria H.pylori. Mereka yang menikmati 30 gram minyak zaitun extra virgin setiap hari, dapat merawat 10 hingga 40 peratus jangkitan H.pylori selama kira-kira dua minggu.
Tinggi antioksidan
Minyak zaitun yang terkandung vitamin K dan E bantu cegah seseorang menghidap penyakit kronik kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.
Mencegah penyakit radang usus besar (ulcerative colitis)
Kita boleh mencegah radang pada usus besar jika makan dua hingga tiga sudu minyak zaitun setiap hari.
Ternyata minyak zaitun daripada buah zaitun amat banyak khasiatnya. Di dalam al-Quran. buah tin sudah disebut sebanyak tujuh kali dan sama dengan buah lain seperti kurma, delima, anggur, dan buah tin. Kesemuanya memiliki kuasa hebat dan mempunyai khasiatnya tersendiri.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Lydia Honey di Facebook
Baca Juga: Tak Semua Minyak Zaitun Boleh Digunakan Untuk Memasak, Ini Perbezaannya Yang Anda Wajib Tahu!