Setiap haiwan perlu dilayani dengan penuh perikemanusiaan. Meskipun merupakan makanan bagi golongan manusia, kita harus menjaga dan melayani mereka dengan elok. Nyawa mereka perlu juga dihargai, jadi ada cara tertentu untuk menyembelihkannya supaya mereka tidak berada dalam kesakitan.
Seorang pengguna, pelangidesa, tidak berhenti dikecam oleh warganet gara-gara memuat naik sebuah video pendek di laman TikTok. Dikatakan kejam, video tersebut memaparkan aksi seorang lelaki yang menyiang ikan yang kelihatan masih lagi bernyawa dan bergerak-gerak.
Lelaki yang melakukan perkara tersebut kelihatan senang, malah masih lagi sempat tersenyum. Akhirnya, ikan tersebut berhenti bergerak setelah dipotong pada beberapa bahagian.
@pelangidesa♬ Joget Pahang – Siti Nurhaliza
Di ruangan komen, jelas warganet berasakan tindakan yang dipaparkan amatlah kejam dan tidak sewajarnya dilakukan pada haiwan tersebut kerana seolah menyeksakannya.
Namun, ada individu yang tampil mempertahankan tindakan lelaki tersebut. Dikatakan perkara yang biasa dilakukan oleh penjual ikan, orang ramai tidak sewajarnya panik.
Nak tengok pun rasa tidak sanggup, kan? Bagi mereka yang berhati lembut dan pencinta haiwan, perkara sebegini amatlah tidak boleh diterima akal. Tengok lama-lama pun boleh menitis air mata bila terbayangkan haiwan tersebut yang berada dalam kesakitan.
Meskipun ia merupakan perkara yang biasa terjadi di pasar, orang ramai memohon agar para peniaga lebih berhati-hati apabila menguruskan haiwan. Tak sampai hati pula bila dibayangkan.
Kredit: TikTok pelangidesa