Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pemilik Tampil Jelaskan Isu Tutup Kedai Apabila Dikunjungi Najib Razak, Mohon Berhenti Menfitnah

Pemilik Tampil Jelaskan Isu Tutup Kedai Apabila Dikunjungi Najib Razak, Mohon Berhenti Menfitnah

Kategori:
isu

Baru-baru ini, sosial media dikejutkan dengan isu kedatangan Dato Sri Najib Razak tidak diterima baik oleh peniaga kedai makan apabila beliau ke sana. Dalam video yang dikongsikan, pelanggan dan para peniaga kelihatan bertindak dengan menggemaskan barangan.

Oleh kerana berbuat sedemikian, warganet tidak berhenti mengecam peniaga tersebut kerana tindakannya dikatakan ‘biadap’ dan tidak menyambut rezeki dan pelanggan yang datang dengan baik.

Peniaga Kedai Makan Tampil Dengan Penjelasan

Namun, pemilik Kedai Makan Bawah Pokok Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring, Haslinda Musa, tampil dengan penjelasan mengenai layanan ‘teruk’ yang diberi pada Dato Sri Najib Razak ketika beliau ke sana. Memuat naik penjelasannya di laman Facebook Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring, wanita tersebut berharap isu ini reda.

Haslinda Musa, pemiliknya, berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan pada hari kejadian, kedainya beroperasi seperti biasa.

Dalam video yang tular di media sosial, Haslinda Musa juga berkata bahawa isu yang viral itu akan menjejaskan imej kedainya.

Dalam video yang telah diedit, pekerja-pekerjanya mengemaskan meja, seolah-olah tidak mengalukan ketibaan Dato Sri Najib Razak. Namun, dia menjelaskan bahawa pihak mereka bertindak sebegitu kerana air pasang tengah pasang.

Jelas difitnah, dia turut menambah bahawa ketibaan Dato Sri Najib Razak amatlah dihargai meskipun kedainya kecil. Teruja untuk bertemu dengan beliau, ketibaan Dato Sri Najib diterima baik dan sangat dialukan meskipun dia berada dalam keadaan berpantang.

Berterima kasih atas kehadiran beliau, dia turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi kedainya dan sedia menyambut sesiapa sahaja, tak kira apa jua pandangan politik mereka.

isu

(Pihak restoran bersama Dato Sri Najib Razak)

Baguslah pemilik telah tampil dengan penjelasan secepat mungkin. Semoga isu ini tidak lagi tidak berulang lagi dan pihak yang tidak bertanggungjawab berhenti menyebarkan fitnah sebegitu.

Lihat penjelasannya di sini.

Kredit: Facebook Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring

Baca Juga: Kecewa Kuantiti Mihun Sup Tak Setanding Harga, Wanita Ini Tanya Pendapat Orang Ramai!

tags: