Ramai yang memandang rendah pada mereka yang berkerja di sektor pembersihan. Malah, perkerjaan sebagai seorang pengutip sampah sering dicemuh oleh masyarakat. Berkerja siang dan malam dengan mengutip sampah untuk dibawa ke pusat pelupusan, mereka juga seperti insan biasa yang ingin mencari rezeki yang halal.
Selain dipandang serong oleh masyarakat, mereka juga berkerja dalam keadaan yang kurang selesa. Terpaksa menghadapi bau yang busuk dari sampah-sampah, keadaan cuaca yang tidak menentu juga tidak menghindarkan mereka dari berkerja sehinggakan mereka tidak sempat untuk menjamah makanan.
Di laman TikTok, seorang pengguna, amirulshukri94, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat seorang pekerja pengutip sampah ketika bertugas. Terjumpa kuih raya yang masih lagi elok, dia segera mencapainya untuk dimakan.
Tampil berselera, perkerja tersebut tampak tidak kisah ketika memakan kuih raya tersebut meskipun dikelilingi oleh bau sampah.
https://www.tiktok.com/@amirulshukri94/video/7027009493091355931?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8m%2BXE4TcA5pgJkrZ7dihEeBbvqzLOhjhlANbfeaSf7VRUc5usHdEUMOb%2FwCnREKFoKkfmOu0skKZRmctUGgA%3D&checksum=4ff5641f190b2a15c394fbd1932986fd94e5e45f19605e6aea5dc2b44a0bbc78&language=en&mid=7020432185811274523&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7027009493091355931&share_link_id=a21c91a0-0f77-4ccf-8527-d86fa59e1ecc&source=h5_t×tamp=1636431448&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@amirulshukri94Nak g kedai jauh sangat,makan je lahh sementare stok masih ade 😬##AlamfloraPekan ##garbagefighter ##FYP ##xyzbca ##tiktokmalaysia
Melihat di ruangan komen, warganet menasihati lelaki tersebut agar tidak bertindak sebegitu kerana risau kemungkinan kuih raya yang dibuang sudah tidak elok.
Namun, ada juga yang merasakan bahawa makanan tersebut merupakan rezeki buat pekerja tersebut. Asal masih elok, tak salah pun.
Harap tiada keracunan yang berlaku pada pekerja tersebut dan kuih yang dimakan masih lagi elok. Kadang-kadang rasa bersimpati juga pada mereka kerana terpaksa berkerja dalam keadaan sebegitu hingga tidak sempat untuk berehat.
Jadi jika bertemu dengan pekerja pengutip sampah, tak salah jika kita menghulurkan sedikit makanan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka bagi memastikan negara kita bebas dari sampah sarap. Paling tidak, boleh saja sedekahkan sedikit senyuman.
Kredit: TikTok amirulshukri94
Baca Juga: “Sakitnya Tengok..” Cara Lelaki Ini Menyiang Ikan Undang Kecaman Dari Warganet