Semenjak akhir-akhir ini, makanan pedas mula trending di seluruh negara. Dengan pelbagai tahap kepedasan, pelbagai spicy challenge telah diperkenalkan bagi menguji si pemakan. Malah, jika dilihat segera, industri makanan dan minuman tidak putus memperkenalkan pelbagai jenis makanan pedas.
Bagi mereka yang tak tahan pedas, sudah tentu mereka akan menjauhkan diri daripada makanan tersebut. Namun, ada juga diantara kita yang sedia menyahut cabaran dan berani mencubanya. Tapi anda yakin tiada kesan sampingan? Jom baca perkongsian dari doktor ini.
Di laman Twitter, seorang doktor, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil untuk mengesa pada orang ramai untuk hentikan trend menu makanan pedas terlampau dan cabaran makan makanan pedas. Tidak sihat, ia boleh menjejaskan kesihatan. Jom baca dengan lebih lanjut.
Tambahnya, kuasa ada pada pengguna untuk hentikan segala trend yang boleh memudaratkan kesihatan.
Nampak seperti tidak berbahaya, namun itu lah akibat-akibat yang terpaksa ditanggung apabila anda terlalu gemar dengan makanan sebegitu. Demi kesihatan anda, seeloknya trend ini tidak patut disahut. Jika menyayangi kesihatan, seeloknya berhenti.
Jika anda penggemar makanan pedas, tak salah juga untuk menikmatinya. Cuma pastikan anda mengawal kuantiti yang diambil dan tahap kepedasannya.
Kredit: Twitter Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca Juga: Terkena Minyak Panas? Doktor Ini Sarankan Untuk Elakkan Petua Ini Kalau Tak Mahu Makin Parah!