Selain dari kulit yang sihat dan cantik, gigi yang putih dan sihat turut menjadi idaman semua orang. Malah, ramai diantara kita yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk penjagaan gigi.
Antara cara yang paling mudah untuk menjaga kesihatan dan penampilan gigi anda adalah melalui makanan yang diamalkan setiap hari. Bukan sahaja nafas anda akan lebih segar, malah gigi anda akan tampil lebih putih dan bersinar.
Buah strawberi tinggi dengan asid malik yang merupakan peluntur semula jadi, mampu membantu untuk memutihkan gigi yang kekuningan.
Selain itu, asid malik turut bantu dengan pengeluaran air liur yang dapat membantu buat anda yang mengalami mulut yang kering. Air liur dapat bantu mengelakkan daripada pereputan gigi, punca perubahan warna pada gigi.
Berbanding buah strawberi, kandungan asid malik pada tembikai lebih tinggi. Malah, ada yang berpendapat bahawa tekstur buah tembikai boleh bertindak sebagai skrub semula jadi buat gigi anda dan bantu hilangkan kotoran. Namun, tiada kajian saintifik yang telah dijalankan buat teori itu.
Gigi anda dilindungi oleh pellicle. Meskipun mampu melindungi gigi, ia juga menyerap pigmen pada makanan lalu menyebabkan gigi anda tampak kuning. Malah, bakteria juga akan melekat. Apabila ia berlaku, plak dan perubahan warna pada gigi akan terjadi.
Namun, buah nanas mampu melarutkan pellicle secara semula jadi. Mengandungi enzim proteolytic iaitu bromelain. Enzim proteolytic mampu melarutkan protein, termasuk di lapisan pellicle.
Seperti buah nanas, betik juga mengandungi enzim proteolytic. Enzim pada buah betik adalah papain yang juga bantu melarutkan protein pada lapisan pellicle. Ini bantu mengurangkan kesan kekuningan dan pembentukan plak pada gigi.
Kandungan asid laktik pada susu mungkin mampu memutihkan gigi anda. Ia juga dapat membantu dalam penghasilan air liur yang mampu menghapuskan bakteria yang menyebabkan kaviti.
Casien, protein pada susu, dapat bantu mengelakkan kesan pada gigi. Kalsium fosfat pada casein dapat membantu membaiki kaviti dan hindarkan pembentukkan plak.
Umum sudah tahu makanan yang tinggi dengan gula amatlah tidak bagus untuk kesihatan anda. Jadi seeloknya anda elakkan pengambilan minuman berkarbonat, gula-gula dan bijirin yang tinggi dengan gula bagi mengurangkan risiko kaviti, pembentukan plak dan hakisan enamel.
Minuman-minuman ini yang bersifat asidik mampu melemahkan enamel, membuatkan gigi anda mudah kuning. Ianya juga selalu diteguk secara perlahan-lahan, membuatkan gigi anda terdedah pada kandungan asidik buat jangka masa yang lama. Memandangkan warna minuman ini yang pekat, gigi anda juga akan mudah berubah warna.
Kalau nak gigi yang putih dan sihat, boleh lah amalkan makanan ini. Namun begitu, semuanya perlu diamalkan dalam kadar sederhana. Tak salah juga bagi penggemar kopi atau teh untuk menikmati minuman itu, tapi jangan terlalu kerap, ya?
Semoga info ini bermanfaat.
Kredit: healthline, cavanaugh dental
Baca Juga: Doktor Gesa Orang Ramai Untuk Hentikan Trend Makanan Pedas, Jelas Tidak Bagus Untuk Kesihatan