Hanya mereka yang sudah berumah tangga sahaja yang tahu akan cabaran dan dugaannya untuk membina sebuah mahligai indah. Oleh kerana sayang pada pasangan masing-masing, apa sahaja sanggup ditempuh bersama. Namun, tak semua pasangan mampu dan akhirnya terpaksa memilih untuk berpisah.
Kadang-kadang perpisahan itu tidak semestinya berakhir dengan teruk. Ada beberapa pasangan yang berpisah untuk kebaikan masing-masing. Tanpa rasa dendam, mereka masih lagi mengekalkan silaturahim dan berhubung. Namun begitu, berapa ramai diantara kita yang mampu keluar makan bersama bekas pasangan masing-masing meskipun tiada perasaan benci?
Di laman TikTok, seorang pengguna, amira.assaid, memuat naik sebuah pendek yang memaparkan gelagatnya bersama bekas suami ketika keluar bersama untuk makan.
Diajak, wanita itu kelihatan senang dan selesa meskipun bersama bekas suaminya. Malah, masa yang diluangkan telah berjaya mengungkit kenangan manis dahulu yang menyebabkannya berasa sebak. Berterima kasih atas kebahagian yang pernah diberi, wanita itu turut mendoakan agar bekas suaminya itu sentiasa bahagia dan menjaga anak mereka seeloknya.
https://www.tiktok.com/@amira.assaid/video/7030043666752277787?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo81Le0KQZ4fRwfw43cIDswTHPn4aAgbL6jLjyzZlfyRT6Pftz0Tim%2BJiRAYCwUzutvhNE5lmYsXZcpvCcPGgA%3D&checksum=&language=en&mid=7024126569400519451&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7030043666752277787&share_link_id=027e094c-509e-4737-a417-f9d139210329&source=h5_t×tamp=1636872605&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@amira.assaidBahagia itu mahal :’) ##foryoupage
Menjengah di ruangan komen, gelagat yang dikongsikan berjaya menyentuh hati warganet. Mungkin jodoh tidak panjang, itulah sebab mereka memilih untuk berpisah.
Malah, ada juga yang turut mendoakan kebahagian bekas pasangan tersebut agar bersatu kembali. Hubungan yang masih baik, warganet masih berharap akan yang elok-elok sahaja buat mereka.
Tak semua orang mampu bergelak ketawa dengan bekas pasangan mereka, apatah lagi keluar makan bersama. Namun, mungkin kerana matang dan menghargai kebahagian yang pernah dikongsi bersama, bekas pasangan ini mampu berbuat kemudian.
Semoga kita juga boleh contohi sikap baik mereka dan lupakan kenangan pahit dan hargai yang indah sahaja.
Kredit: TikTok amira.assaid
Baca Juga: “Ayah Buat, Anak Ikut,” Lelaki Ini ‘Backup’ Isteri Yang Diperlakukan Macam Orang Gaji