Masa di rumah memberi peluang kepada ibu-ibu untuk mencuba macam-macam jenis resipi. Tentu ibu-ibu berada dalam dilema, antara pening nak memilih dari pelbagai resipi atau kehabisan idea nak masak apa.
Ini tidak patut dipandang remeh kerana masakan seorang ibu memainkan peranan penting dalam menyemai dan mengekspresi rasa kasih sayang kepada keluarga.
Bagi anda yang mencari resipi yang mudah, cepat dan berkhasiat, boleh ikuti beberapa resepi dibawah yang menggunakan Balducci sebagai bahan utama masakan. Ia adalah jenama pasta yang menjadi pilihan kebanyakan ibu dan dijamin disukai oleh seisi keluarga.
Resepi Cucur Balducci Maccheroni
Bahan-Bahan
- 1 cawan Balducci Maccheroni Pasta
- 2 biji telur (dipukul sedikit)
- 200 gram isi udang
- Daun bawang (dihiris)
- Daun sup (dihiris)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 ½ cawan tepung gandum
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
- Rebus Balducci Maccheroni mengikut arahan yang tertera pada paket. Angkat dan toskan sehingga betul-betul kering.
- Dalam mangkuk yang lain, tuangkan Maccheroni yang dimasak tadi. Campurkan dengan kesemua bahan kecuali tepung.
- Tepung dituang sedikit dan digaul. Bila adunan dah melekat sudah memadai.
- Panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali dan sudukan adunan dan goreng sehingga masak.
- Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang bersama sos cili kegemaran anda.
Masa Memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2-3 orang
Resepi Balducci Angel Hair Kung Fu
Bahan-Bahan
- 1 paket Balducci Angel Hair Pasta
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil lada sulah
Bahan Kuah
- 3 ulas bawang putih
- Segenggam hirisan isi ayam
- 5 ekor udang
- 3 ekor sotong
- 3 cawan air
- Lobak merah (potong memanjang)
- Segenggam bunga kubis
- Sayur sawi
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
- 1 biji tomato (belah 4)
- 6 biji cili padi (belah dua)
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Penyediaan
Cara Penyediaan Angel Hair
- Rebus Balducci Angel Hair mengikut arahan tertera pada paket, angkat dan toskan.
- Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sehingga sebati
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Ambil pasta Angel Hair dan masukkan dalam mangkuk.
Nota: Ulangi langkah ini untuk setiap hidangan.
- Tuangkan sedikit telur, kacau dan goreng dalam kuali yang telah dipanaskan minyak.
- Ulangi setiap langkah sehingga pasta siap digoreng semua.
Cara Penyediaan Kuah
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Masukkan bawang putih dan cili api ke dalam kuali. Goreng sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan kacau seketika.
- Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih. Kemudian, masukkan sotong dan udang.
- Masukkan lobak merah, bunga kubis dan sawi.
- Masukkan kiub pati ayam, sos tiram dan garam.
- Masukkan tomato dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat, boleh tambah lagi tepung jagung.
- Tuangkan kuah diatas pasta Angel Hair yang telah dimasak dan taburkan sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.
Masa Memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 4 orang
Resepi Laksa Johor Sardin Spaghetti Balducci
Bahan-Bahan
- 1 paket Balducci Spaghetti
- ¾ cawan rempah kari ikan
- ½ cawan lada boh
- ¾ cawan udang kering (dicuci dan dikisar)
- 2 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- 1 sudu besar kerisik
- Garam secukup rasa
Bahan Kisar
- 5 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 biji bawang besar
- 3 tin Sardin
Bahan Hiasan
- Hirisan timun
- Daun kesum
- Limau kasturi
Cara Penyediaan
- Masak Balducci Spaghetti mengikut arahan yang tertera pada paket. Angkat dan toskan.
- Rendamkan udang kering sekejap, kemudian tumbuk sampai hancur. Kemudian, tumbukkan pula ikan sardin sampai hancur dan campurkan keduanya dalam 1 mangkuk. Ketepikan.
- Tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam 1 minit. Masukkan segera ½ cawan air dan masak dalam 5 minit.
- Selepas itu, masukkan cili boh sampai naik minyak. Kalau kering sangat, boleh tambahkan air sikit sahaja.
- Bila naik minyak, masukkan ikan sardin yang dikisar tadi. Kacau sampai sebati dan boleh masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
- Gaul seketika, perasakan dengan garam dan perasa. Bila dah kena dengan citarasa, kuah sudah siap untuk dihidang.
- Dalam mangkuk, letakkan spaghetti dan sendukkan kuah. Hiaskan dengan bahan hiasan dan siap untuk dimakan.
Masa Memasak: 60 minit
Saiz hidangan: 4-6 orang
Resepi Sup Spirali Balducci
Bahan-Bahan
- 250 gram Balducci Spirali
- Sekeping dada ayam (potong kecil)
- ¼ kubis (potong kecil)
- 1 biji lobak merah (dipotong dadu)
- 1 biji kentang (potong kiub)
- 10 cawan air
- 1 ikat sup bunjut
- 1 kiub ayam
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1inci halia (diketuk)
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 sudu besar minyak zaitun
Bahan Hiasan
- Daun sup
- Daun bawang
- Bawang goreng
Cara Penyediaan
- Rebus Balducci Spirali mengikut arahan tertera pada paket. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam periuk yang agak besar. Tumiskan bawang putih, bawang merah serta halia sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Tambahkan 10 cawan air, sup bunjut dan kiub ayam. Biarkan sehingga mendidih.
- Sementara itu, boleh hiriskan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.
- Bila sup dah mendidih, masukkan kentang dan lobak merah. Selang 3 minit, masukkan pula kubis, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Bila kentang sudah empuk, masukkan spirali yang telah dimasak dan kacau sampai rata.
- Hidangkan spirali sup dengan bahan-bahan hiasan.
Masa Memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 4-6 orang
Nampak mudah sahaja resepi-resepi yang telah dikongsikan ini, kan? Bagi anda yang ingin mencuba resepi pasta yang baharu, boleh lah mencuba resepi ini dengan menggunakan Balducci pasta yang mudah didapati dan dimasak.
Selamat mencuba!
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Spaghetti Aglio Olio, Rasa Lemak Seafood Yang ‘Perfect’!