Apa jua perkerjaan yang dilakukan, pasti ada dugaannya. Untuk mencari rezeki yang halal tidak mudah, setiap orang pasti akan berdepan dengan saat genting dan mencabar.
Jangan kata abang polis dan askar sahaja yang sering berada dalam bahaya apabila bertugas, malah abang rider juga sentiasa terpaksa meletakkan berada dalam situasi yang membahayakan. Bukan sahaja di jalan raya, malah ketika ingin menghantarkan makanan ke pintu pelanggan juga ada ‘bahaya’ yang terselit.
Di laman TikTok, seorang pengguna, fik.ry_, telah memuat naik video pendek dan berkongsi antara ujian sebagai seorang rider. Tampak mudah bagi orang lain, namun perkerjaan itu ada saat-saat yang boleh mendedahkan pekerjanya pada bahaya.
Lelaki itu yang berkerja sebagai seorang rider untuk Foodpanda telah tiba di sebuah lokasi untuk menghantarkan makanan untuk pelanggannya. Bukan sahaja diminta untuk menghantar makanan ke tingkat atas, lelaki itu juga perlu berhadapan dengan ‘pengawal’ yang sedia menjaga pintu bangunan tersebut.
Meskipun ketakutan, lelaki itu terpaksa melepasi ‘pengawal’ tersebut demi rezeki. Tidak menyerang, dia bagaimanapun tetap berhati-hati apabila menuruni tangga. Alangkah berdebar jantungnya apabila ‘pengawal’ tersebut bergerak! Nasib baik ‘pengawal’ itu baik hati dan melepaskannya dengan tenang.
@fik.ry__Antara Ujian sebagai rider😅😂 ##fypシ ##fyp ##xyzbca♬ original sound – Faysal Mahmud Vikey😎
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa berdebar jika berada di situasi lelaki itu. Memuji keberaniannya, mereka tidak mampu menghadapi ‘pengawal’ itu.
Ada juga yang memberi nasihat jika menghadapi situasi sebegitu. Jangan panik, cuba cara ini pula.
Namun, ada juga yang berasa terpikat dengan rupa ‘pengawal’ itu yang terlampau comel.
Berat juga ujian sebagai seorang rider ini. Ingatkan perlu menghadapi jalan raya dan celoteh pelanggan sahaja tapi ada juga kena berdepan dengan ‘pengawal’ yang comel sebegini.
Nasib baik lah ‘pengawal’ itu baik hari ini, kan? Yang penting bila lalu depan dia kena tunduk dan minta izin. Baru tak kena marah.
Kredit: TikTok fik.ry_