Setelah terdedah dengan budaya Cina, Korea dan Jepun menerusi pelbagai jenis media, orang ramai kini sudah mahir dan berminat untuk menggunakan chopstick untuk makan. Dahulu, cuma kaum Cina yang sering menggunakan peralatan itu tapi sekarang semua orang lain juga telah mahir menggunakannya.
Selalunya orang gemar makan Maggi guna chopstick, mudah dan cepat. Namun, untuk mahir dalam penggunaan chopstick tidak mudah. Memerlukan penggunaan yang tepat dan praktis, tak semua orang boleh mahir dengan begitu sahaja. Tak mahir untuk guna chopstick bila makan Maggi? Jom belajar perkongsian ini.
Di laman TikTok, seorang pengguna, chesterpadang, memuat naik sebuah pendek. Memaparkan gelagat kawannya yang tengah menikmati semangkuk Maggi menggunakan chopstick. ‘Bengang’ dengan caranya, dia terus ‘ajarkan’ cara paling mudah untuk menikmati Maggi tersebut.
Terkejut dengan tindakannya, video itu terus berakhir setelah kawannya berteriak padanya kerana telah menyentuh Magginya dengan tangan.
@chesterpadangkita melayu♬ original sound – ali 🗡
Menjengah di ruangan komen, warganet berasa terhibur melihat gelagat dua kawan tersebut. Jelas bergurau, mereka turut berasa kesian pada kawannya yang tengah khusyuk menikmati Maggi itu.
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa tindakan lelaki itu agak biadap kerana mengganggu orang yang tengah makan. Tambahnya, meskipun berkawan, kita harus menghormati kawan kita juga.
Rupanya baru tahu bahawa ada cara yang lebih mudah untuk menikmati maggi, tak perlu guna chopstick dah. Terhibur pun ada melihat gelagat dua kawan ini.
Jangan risau, jelas video ini hanya gurauan antara kawan. Kalau anda lebih gemar menggunakan chopstick ketika menikmati Maggi pun boleh. Guna tangan pun boleh, yang penting tetap puas hati.
Kredit: TikTok chesterpadang
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Paling Mudah Untuk Angkat Tong Gas, Benda Paling Wajib Adalah..