Apabila sudah bergelar sebagai seorang ibu dan bapa, semua orang perlu bersedia akan tanggungjawab besar yang akan dipikul. Bukan sahaja perlu bersedia dari semua aspek, ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak, lebih-lebih lagi ketika kecil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Maklumlah ketika kecil, anak-anak bukannya tahu apa-apa dan memang beria untuk bermain dan mengenali dunia. Kalau boleh, semua benda ingin sentuh. Jika ibu bapa lalai, macam-macam boleh terjadi.
Di laman TikTok, seorang pengguna, rarapida_firraa, memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa resahnya apabila anak tertelan benda bahaya.
Menyesal kerana lalai, dia terus membawa anaknya ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan. Terlambat, duit syiling bernilai sepuluh sen yang telah ditelan anaknya telah sampai ke bahagian usus. Meskipun berada di bawah pemeriksaan, anaknya tidak banyak kerenah.
Lega melihat anak kecilnya aktif seperti biasa dan makan minumnya tidak terganggu, ibu itu dinasihatkan untum memantau anaknya agar duit syiling itu keluar. Adik itu akan jalankan pemeriksaan X-Ray dalam masa 3 hari akan datang.
@rarapida_firraa Maafkan mumydady lalai perhatikan awk,semoga djdkan pngjaran buat semua ibubapa,doakan buat anak sy semoga syiling tu kluar dlm masa 2,3hr ni 🥺#fyp
@rarapida_firraaMaafkan mumydady lalai perhatikan awk,semoga djdkan pngjaran buat semua ibubapa,doakan buat anak sy semoga syiling tu kluar dlm masa 2,3hr ni 🥺##fyp♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Melihat di ruangan komen, ada beberapa warganet yang memahami keresahan yang dihadapi wanita itu. Pernah juga terjadi pada mereka dan anak-anak, setiap orang mempunyai pengalaman itu.
Ada juga yang bersimpati dengan nasib kedua ibu bapa itu dan tidak menyalahkan mereka atas perkara yang terjadi. Malah, mereka turut mendoakan agar segala urusan dapat dipermudahkan.
Semoga adik itu cepat-cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Jangan lah kita mengecam kedua ibu bapanya kerana perkara itu sudah terjadi. Mana-mana ibu bapa tak mahu perkara itu terjadi pada anak mereka.
Perkara yang terjadi ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua agar lebih berhati-hati dan mengelakkan perkara tidak diingini dari berlaku.
Kredit: TikTok rarapida_firraa