Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kecewa Dengan Kelalaian Rider, Wanita Ini Berharap Rider Lebih Alert Selepas Ini. Namun, Ini Pula Respon Warganet

Kecewa Dengan Kelalaian Rider, Wanita Ini Berharap Rider Lebih Alert Selepas Ini. Namun, Ini Pula Respon Warganet

Kategori: ,
RIDER LEBIH ALERT

Servis penghantaran makanan kini makin digunakan. Lebih-lebih lagi sejak pandemik Covid-19, orang ramai lebih gemar memilih untuk makan di rumah. Meskipun kerajaan sudah membenarkan aktiviti dine in, servis penghantaran makanan masih lagi digunakan secara meluas.

Jika dilihat sekarang, pelbagai aplikasi penghantaran makanan sudah diperkenalkan. Antara yang terkenal adalah Foodpanda. Walaupun mudah untuk digunakan, pelbagai isu telah timbul akhir-akhir ini. Malah, ia telah membuat orang ramai mula hilang kepercayaan dengan servis Foodpanda.

Order Tak Cukup, Wanita Ini Harap Rider Lebih Alert

Salah seorang pengguna tegar servis Foodpanda, lady_yatie, berkongsi rasa kekecewaannya apabila menggunakan aplikasi itu untuk memesan makanan.

Apabila pesanan telah selamat dihantar oleh rider Foodpanda, wanita itu berasa kecewa apabila mendapati minuman yang dipesan tiada. Terus bertanya pada rider tersebut, wanita itu tidak berpuas hati dengan respon rider yang tidak tahu mengenai minumannya. Sudah lima kali terjadi, dia memohon agar rider lebih alert supaya perkara ini tidak terus terjadi.

@sagitarius_mummy

#foodpanda masok ni dah 5kali kejadian ni berlaku…harap rider lebih alert dgn apa yg di order

♬ bunyi asal – ๛SYACORNき – OnlineTeddybear_Store

@lady_yatie##foodpanda masok ni dah 5kali kejadian ni berlaku…harap rider lebih alert dgn apa yg di order♬ bunyi asal – ๛SYACORNき

Jangan Salahkan Rider

Menjengah di ruangan komen, warganet bagaimanapun memohon pada wanita itu untuk tidak menyalahkan pada si rider. Oleh kerana tanggungjawab menyediakan pesanan jatuh pada peniaga, tidak sewajarnya rider dihukum atas kecuaian peniaga. RIDER LEBIH ALERT

Sebelah Pada Pelanggan

Namun, ada juga yang menyebelahi wanita itu dan memohon agar rider lebih alert apabila menerima pesanan. Sepatutnya diperiksa dahulu agar tiada yang tercicir. RIDER LEBIH ALERT

Bila terjadi sebegini, tidak seharusnya kita menyalahkan satu pihak sahaja. Kita juga perlu memahami bahawa pihak rider juga mesti sibuk dan ingin mengejar masa untuk menghantar pesanan pelanggan lain.

Harap perkara ini dapat menyedarkan pihak peniaga juga untuk tidak leka kerana boleh jadi pihak lain pula dipersalahkan kerana kelalaian anda.

Kredit: TikTok lady_yatie

Baca Juga: “Berkata Benar Pun Salah?” Bocor Taktik Segelintir Rider Buat Scam Order, Lelaki Ini Terima Ugutan

tags: |