Resdung atau sinus merupakan sejenis penyakit di mana rongga sinus mengalami keradangan yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Jika anda sering mengalami gejala seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gatal-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi, anda mungkin salah seorang penghidap resdung.
Namun, anda haruslah merawatnya dengan segera sebelum terlambat. Anda boleh cuba amalkan petua-petua mudah ini dengan menggunakan bahan yang ada di dapur yang dikongsikan oleh Roshidah Abu Bakar Shidah . In Shaa Allah berkesan.
Ambil 3 biji bawang merah dan hiris halus, 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas yang sedang mendidih. Anda perlu wapkan muka anda dengan air rendaman tersebut serta amalkan dengan kerap.
Ambilkan sebatang kayu manis kemudian bakar dan sedut asap yang keluar dari kayu manis itu melalui hidung. Cara ini sangat terbaik kerana kayu manis bertindak sebagai antiseptik yang mampu membunuh kuman.
Malahan ia juga boleh mengeringkan lendir dan bengkak resdung di dalam rongga sinus. Cara ini agak pedih tetapi ia sangat berkesan dengan cepat. Hidung akan berasa lega dan pernafasan akan lebih selesa dan mudah.
Ambil halia, lada hitam dan air dalam kuantiti untuk berkumur 2 atau 3 kali saja. Rebuskan semua bahan sehingga mendidih dan sejukkan sehingga jadi suam untuk dikumur. Boleh amalkan setiap hari pagi, petang dan malam untuk menghilangkan kegatalan resdung.
Ambilkan teh uncang yang telah digunakan dan sapukan di muka. Sebaiknya dilakukan sebelum mandi. Biarkan beberapa lama supaya intipati teh terus meresap ke dalam rongga muka.
Setengah sudu madu dan setengah sudu cuka. Gaulkan kedua-duanya dan tuangkan ke atas tapak tangan. Hidu madu yang bercampur dengan cuka tersebut dimulai dengan hidung kanan sambil Bismillah dan selawat.
Kesan daripada menggunakan cara ini, anda akan terasa pedih sehingga keluar air mata tetapi anda akan terasa lega selepas itu. Kepedihan itu hanya sementara dan insya Allah tidak gatal lagi.
Jika anda salah seorang yang mengalami penyakit resdung. Boleh la cuba petua ini, ia sangat mudah dan menjimatkan. Namun, sekiranya ia menjadi lebih teruk, anda disarankan untuk berjumpa doktor atau pakar yang berkenaan. Rawatlah sebelum terlambat.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Roshidah Abu Bakar Shidah
Baca Juga: Amal Petua Ini Untuk ‘Ringankan’ Badan. Angin Mudah Keluar & Lemau Badan Juga Hilang!