Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Puas Tengok Cerita Ultraman Zaman Kecik-Kecik, Akhirnya Bila Sudah Dewasa..

Tak Puas Tengok Cerita Ultraman Zaman Kecik-Kecik, Akhirnya Bila Sudah Dewasa..

Kategori:
CERITA ULTRAMAN

Siapa sahaja boleh lupakan kenangan indah sewaktu zaman kecil? Setelah habis sahaja persekolahan, terus sahaja terduduk di depan kaca televisyen, tak sabar nak menonton pelbagai jenis rancangan. Antara rancangan kesukaan anak-anak adalah Ultraman, watak adiwira yang sangat terkenal di seluruh negara Asia.

Berasal dari Jepun, rancangan Ultraman menjadi kesukaan anak lelaki, terutamanya pada waktu hujung minggu. Malah, terdapat pelbagai filem dan merchandise Ultraman yang telah dikeluarkan, menjadi rebutan. Semenjak pengenalannya pada tahun 1966, ia masih lagi dikenali dan digemari.

Penggemar Cerita Ultraman Tampil

Meskipun sudah dewasa dan berkeluarga, masih ramai orang lelaki yang gemar menonton rancangan Ultraman. Seperti gelagat yang dipaparkan dalam sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna, fadhlyzulkitly.

Berada di kedai makan dan menikmati hidangan, pengguna itu merakam gelagat beberapa orang pelanggan yang tengah khusyuk menonton cerita Ultraman. Sambil makan, sambil layan, jelas rancangan itu masih menjadi kesukaan ramai.

@fadhlyzulkitly

Bila Kecik2 parents kau suruh baca buku tak bagi tengok 🤣🤣🤣 #Ultraman

♬ ウルトラマンのうた – ウルトラ☆オールスターズ

@fadhlyzulkitlyBila Kecik2 parents kau suruh baca buku tak bagi tengok 🤣🤣🤣 ##Ultraman♬ ウルトラマンのうた – ウルトラ☆オールスターズ

Sebenarnya Bila Besar Masih Lagi Melayan Cerita Ultraman

Menjengah di ruangan komen, ada beberapa warganet berkongsi bahawa rancangan itu masih lagi menjadi kesukaan walaupun dah dewasa. Setia dilayani, nampaknya mereka masih lagi penonton setia. CERITA ULTRAMAN

Mengimbau Kenangan Manis

Rancangan itu ibarat membawa penonton kembali pada zaman silam, mengungkit kenangan manis ketika zaman kecil dahulu.  CERITA ULTRAMAN

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa benda kecil seperti cerita Ultraman pun sudah memadai untuk membahagiakan kita dan membuatkan kita lupa akan segala masalah dalam kehidupan.

Kalau anda bertemu dengan seseorang yang masih menggemar dengan kartun meskipun sudah dewasa, jangan diejek. Kemungkinan itu sahaja caranya yang boleh gembirakan hati dan tubuh yang penat setelah seharian bergelut dengan permasalahan.

Kredit: TikTok fadhlyzulkitly

Baca Juga: “Musnah Harapan Nak Bagi Adik..” Gara-Gara Turuti Nasihat Ahli Group, Ini Pula Yang Terjadi Pada Abah

tags: |