Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Ikan Kukus Yang Mudah, Hidangan Yang Simple Untuk Dinikmati

Ini Resipi Ikan Kukus Yang Mudah, Hidangan Yang Simple Untuk Dinikmati

Kategori: ,
RESEPI IKAN KUKUS

Lauk ikan sering menjadi pilihan orang dahulu, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di negeri Pantai Timur. Malah, ianya masih menjadi kegemaran ramai. Mudah didapati di pasar, terdapat pelbagai jenis ikan yang sesuai dimasak dengan pelbagai cara dan resepi.

Lebih-lebih lagi pada waktu malam, mesti anda inginkan lauk yang mudah untuk disediakan. Kadang-kadang kita lupa bahawa lauk yang ringkas masih lagi sedap untuk dinikmati. Antara lauk yang mudah dan ringkas adalah ikan kukus! Sedap digoreng atau dimakan begitu sahaja, menu ini wajib dicuba oleh semua.

Nak tahu resepi ikan kukus yang paling mudah dan sedap? Jom baca perkongsian oleh Zira Tag.

Resepi Ikan Kukus

Bahan-Bahan

  • 1kg ikan selayang atau sardin. Boleh juga guna ikan tongkol
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 1 kerek kecil gula melaka
  • 10 keping asam keping
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan

    1. Dalam periuk, campurkan kesemua bahan.
    2. Rebus atau kukus sehingga tulang empuk dengan api yang perlahan.
    3. Bila ikan sudah masak sepenuhnya, angat dan toskan.
    4. Siap untuk dinikmati.RESEPI IKAN KUKUS

RESEPI IKAN KUKUSRESEPI IKAN KUKUS

Siapa sahaja yang tak suka dengan hidangan ini? Tampak mudah untuk disediakan, malah ia sesuai dimakan bersama nasi kosong dan sedikit kicap dengan begitu sahaja. Sungguh menyelerakan.

Jika digoreng pun rasanya tetap sedap.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Zira Tag via Masakan Terengganu

Baca Juga: Cara Masak Sambal Ikan Pauh Kelantan Yang Super Duper Sedap, Cukup Lengkap Rasanya

tags: