Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “At Least Bagi La Kredit Kat Kita..” Rakyat Malaysia Kecoh; Kourtney Kardashian Makan ‘Banana Tempura’

“At Least Bagi La Kredit Kat Kita..” Rakyat Malaysia Kecoh; Kourtney Kardashian Makan ‘Banana Tempura’

Kategori:
KOURTNEY KARDASHIAN

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan keluarga terkenal; Kardashian-Jenner? Terkenal di media sosial, keluarga tersebut menjadi tumpuan seluruh dunia; terutamanya Kim, Khloe, Kourtney Kardashian, Kylie dan Kendall Jenner. Meskipun sering diselubungi kontroversi, tak dapat dinafikan apa jua yang dilakukan oleh mereka sering mendapat perhatian.

Beberapa tahun yang lepas, Kim Kardashian pernah teruk dikritik kerana telah mencemuh makanan India, namun telah meminta maaf atas komennya yang dianggap tidak sensitif. Kylie Jenner juga, adik tirinya, turut menghadapi perkara yang sama ketika memuat turun beberapa video masakannya; terutama cara menyediakan ramen. Jelas apa jua yang dilakukan keluarga itu sentiasa membuat orang ramai heboh.

Kourtney Kardashian Menikmati ‘Banana Tempura’

Baru-baru ini pula, Kourtney Kardashian telah memuat naik gambar hidangan di IG Story Instagram akaunnya. Memaparkan pisang goreng yang dihiasi dengan sedikit coklat dan ais krim, menurutnya ia merupakan ‘banana tempura’.

Di laman TikTok, seorang pengguna, zakwanrahpal_, berasa terkejut dengan nama hidangan tersebut sehingga tidak dapat menahan diri dari berkongsi reaksinya. Baru first time ke cuba pisang goreng, Kourtney Kardashian?

@zakwanrahpal_

Siap letak coklat lagi nasib baik tak jadi goreng pisang cheese 😂

♬ The woman was too stunned to speak – domin1kXCX

@zakwanrahpal_Siap letak coklat lagi nasib baik tak jadi goreng pisang cheese 😂♬ The woman was too stunned to speak – ⇢ ˗ˏˋ dominik ࿐ྂ

Banana Tempura? Pisang Goreng La!

Menjengah di ruangan komen, semestinya warganet tidak berpuas hati dengan ‘banana tempura’ itu. Bukan ‘banana tempura’ tapi pisang goreng, Kourtney. KOURTNEY KARDASHIAN

Terhibur pula baca komen warganet yang dah ‘panas’ gara-gara ‘banana tempura’ ini. Jelas apa jua yang dilakukan oleh keluarga Kardashian berjaya buat orang ramai bercakap.

Tak mengapa, mungkin dia tidak tahu. Nanti anda boleh lah tag keluarga Kardashian pada posting makanan Malaysia supaya mereka lebih aware. Ajak mereka cuba hidangan Malaysia, sambil-sambil itu boleh lah tolong mempromosikan makanan Malaysia pada serata dunia.

Kredit: TikTok zakwanrahpal_

Baca Juga: Harga Cekik Darah, Bil Di Restoran Salt Bae Cecah Lebih 10 Ribu Ringgit. Warganet Berang!

tags: | |