Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Mengkritik Kedai Tomyam Sebab Guna Pinggan Plastik, Warganet Back Up Peniaga

Pelanggan Mengkritik Kedai Tomyam Sebab Guna Pinggan Plastik, Warganet Back Up Peniaga

Kategori: ,
kedai tomyam

Semenjak dunia dikejutkan dengan wabak Covid-19, pelbagai langkah yang telah diambil oleh pelbagai pihak untuk menghentikan penularan wabak tersebut. Tanggungjawab itu bukan sahaja perlu dipikul oleh pihak kerajaan, malah orang ramai perlu memainkan peranan besar.

Meskipun kerajaan sudah membenarkan aktiviti dine in di kedai makan, masih ramai yang berjaga-jaga, terutamanya para peniaga. Selain dari mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, mereka juga mengambil inisiatif lain bagi memastikan pelanggan berada dalam keadaan yang selamat.

Kedai Tomyam Guna Pinggan Plastik, Mesti Malas

Di laman TikTok, seorang pengguna, johnnylemang, mengkritik sebuah kedai tomyam semata-mata menghidangkan makanan menggunakan pinggan plastik.

Menuduh pekerja dan pemiliknya sebagai pemalas, dia turut berasa ragu-ragu dengan kebersihan lauknya, terutamanya ikan.

https://www.tiktok.com/@johnnylemang/video/7033201267275058458?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8drQfPZnVLosOFUAwOMxlK%2FpXF5TCcntFcdoIBBW8%2FBjCmYmqWz7pSvXxOFGGyGg%2BG5F88ohr%2B51fmWg%2BGgA%3D&checksum=fa76e5611fe6e642181ec5e4f102b7a754a1a4b1e3a9bc188b3f2f4267c34926&language=en&mid=6746993352891189249&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7033201267275058458&share_link_id=0cd6084b-87b5-49c3-b921-89dc1f8a0f2d&source=h5_t&timestamp=1637555230&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=

@johnnylemangPergi kenduri kahwin pon lagi baik la pinggan plastic. Ni kedai tomyam pemalas ni. Tah basuh tah tidak ikan dia♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Ini Kan Musim Covid, Memang Patut Lah.

Namun di ruangan komen, warganet tampil mempertahankan pilihan pemilik kedai tomyam itu yang menggunakan pinggan plastik pada musim ini. Oleh kerana wabak Covid-19 masih lagi berleluasa, adalah eloknya peniaga menggunakannya, berkongsi peralatan ini tidak elok juga meskipun telah dicuci dengan baik. kedai tomyam

Lebih Elok Guna Pinggan Plastik

Selain untuk mencegah penularan wabak Covid-19, mungkin penggunaan pinggan plastik oleh pemilik kedai tomyam itu adalah untuk menjimatkan penggunaan air. Lebih elok, habis sahaja boleh terus buang. kedai tomyam

Mesti ada sebab mengapa pemilik terpaksa memilih penggunaan pinggan plastik untuk menghidangkan makanan pada pelanggan. Mesti mereka tahu bahawa ada beberapa pelanggan yang tidak akan berpuas hati, tapi demi mengawal penularan wabak Covid-19, ia terpaksa dilaksanakan.

Kita sebagai pelanggan juga, janganlah laju sangat nak mengkritik peniaga. Cuba fahami situasi mereka juga. Mereka pun mesti nak bagi yang terbaik tapi keselamatan itu lebih penting.

Kredit: TikTok johnnylemang

Baca Juga: Seronok Terima Layanan Elok Dan Penuh Beradab Oleh Peniaga, Teringat Pula Pada Zaman Kecil Dahulu

tags: |