Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai kenaikan harga ayam mentah di pasaran. Rata-rata tidak berpuas hati dengan perkara tersebut kerana ramai yang terkesan. Dahulu, bahan mentah tersebut mampu milik oleh semua lapisan masyarakat namun oleh kerana kenaikan harga yang mendadak, sesetengah pengguna tidak lagi berkemampuan untuk membelinya.
Beralih kepada bahan mentah lain seperti sayur-sayuran, rakyat Malaysia sekali lagi berasa gusar oleh kerana telah menerima beberapa laporan bahawa kenaikan harga sayur sebanyak 40 hingga 200 peratus kebelangkan ini. (Sumber: Harian Metro)
Jelas isu kenaikan harga sayur ini membimbangkan buat orang ramai. Malah, rakyat turut meluahkan rasa tidak berpuas hati akan hal itu kerana sayur-sayuran merupakan bahan mentah yang mampu milik oleh semua golongan.
Namun, Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur tampil menjelaskan perkara tersebut agar orang ramai memahami sisi pihak pengeluar. Menurut presidennya, Wong Keng Fatt, punca kenaikan harga sayur di pasaran adalah disebabkan;
Tambah Presiden Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands, Chai Kok Lim pula, hal itu disebabkan;
Isu ini juga pernah dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang sebelum ini. Persatuan itu menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Lembaga Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya segera menjalankan penyiasatan mengenai hal ini kerana bimbang pembekal telah melanggar Akta Anti-Percatuan.
Semoga pihak berkaitan dapat segera mencari solusi akan hal ini kerana ia jelas menimbulkan rasa tidak berpuas hati di kalangan rakyat Malaysia.
Kredit: Sinar Harian
Baca Juga: Rahsia Masak Maggi Kari Tumis Yang Mudah & Sedap, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta. Best Sangat!